#GL15TAHUN SINGER SONGWRITER SENSATION, HAEL HUSAINI
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan SINGER SONGWRITER SENSATION, HAEL HUSAINI.

Hoodie, jaket & seluar VALENTINO.
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
HAEL HUSAINI, 34
Penyanyi, penulis lagu & Produser
Saat ini Hael Husaini sedang bertungkus lumus mengusahakan album pertamanya sejak bergerak solo dengan memperdengarkan debut lagu Jampi pada tahun 2017. Tiada tema khusus kerana sebagai pengkarya Hael lebih menekankan pada mesej disebalik lagu ciptaannya dan tidaklah fokus pada satu sisi semata. Perincian album sulung ini bakal menepati halwa telinga pendengar menerusi barisan lagu terbaru, lantas menceritakan kisah jalan kehidupannya yang boleh dikaitkan oleh semua.
Mesej yang ingin diterapkan dalam sesebuah karya?
It really is OKAY to not be okay sometimes. Perasaan dan emosi itu seharusnya dinikmati.
Intipati maskuliniti masa kini.
Kemaskulinan akal fikiran dia. Mentaliti dia terhadapan kehidupan dia, persekitaran dia dan masa depan dia.
Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.
Dunia kita sentiasa berubah kita perlu adaptasi kepada persekitaran kita. Pemikiran kita selari dengan peredaran dunia kita akan lebih matang juga maskulin dari segi penampilan atau akal fikiran. Ianya perlu seimbang.

Jaket, seluar, & baju panas, semuanya PRADA
Apakah kemahiran yang membuatkan seorang penghibur sukses?
Kebijaksanaan dia untuk mengawal situasi di mana jua dia berada. Termasuk dalam nyanyian, akal fikiran itu perlu ada tiga atau empat saat ke hadapan sebelum dia mengeluarkan kata-kata. Dari sisi kehidupan normalnya pula, asingkan kerjaya dan kehidupan peribadi kerana menyanyi itu adalah hanya pekerjaan.
Mesej tersirat menerusi lagu..
Setiap penyanyi itu berhak untuk menulis, menterjemahkan, menyanyikan apa yang dia rasa; dan mungkin yang di rasa itu kemudiannya boleh diterjemahkan lagi lebih mendalam oleh pendengar. Ia bergantung, bila saya mencipta lagu Haram; ia tidak sama sekali membawa maksud dia lagu haram. Ia adalah hati yang diharamkan untuk mencintai orang lain. Yang mana boleh dikaitkan dengan semua orang yang memegang erat erti kesetiaan itu.

Jam tangan, MONTBLANC. Baju panas, UNIQLO
Lagu tema kehidupan saat ini?
Que Sera, Sera (Whatever Will Be, Will Be)
Stail peribadi?
Selesa dan menghormati pandangan orang lain. Pemakaian saya di pentas atau di luar, ianya terbatas dan menghormati mata yang memandang. Juga selesa bila disarungkan.
Pautan Berkenaan: GL OGOS 2022: HENLEY HII, ALWAYS CAMERA-READY!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











