Skip to content

#GL15TAHUN HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI

Kongsikan artikel ini

Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI.

 

Ponco, COACH

Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO

 

KENJI CHAI, 40,

Artis seni Mural dan Grafiti

Melewati Wisma Sabah yang terletak di pekan Kota Kinabalu, bakal menemukan lakaran mural gergasi #BikinSampaiJadi kreasi Kenji Chai yang berkolaborasi bersama Hotlink. Karya seni berkelas dunia yang memukau pandangan ini membuatkan sesiapa sahaja kagum saat melintasi kawasan berkenaan. Kenji Chai, anak kelahiran Sandakan ini turut dikenali dengan lakaran grafiti anjing yang dinamakan Chaigo, lakaran grafiti ayam jantan besar di Nando’s di Jalan Petaling yang kini sudah ditutup.

Di samping. karya mural 87 meter setinggi 25 tingkat di sisi bangunan RED by Sirocco Hotel di Jalan Kamunting, berhampiran Yut Kee lantas menerima  pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records untuk Mural Tertinggi di negara ini pada 2018 yang mengambil masa 21 hari untuk disiapkan.

Sudah berapa lama bergelar artis grafiti?

Sudah sekitar 12 tahun. Namun, jika mahu dikira sebagai artis sepenuh masa hanya 10 tahun bermula pada tahun 2013 seingat saya. Sekali gus, menubuhkan studio sendiri kerana ingin melakukan sesuatu dengan lebih serius.

Jaket, baju, seluar & kasut, ONITSUKA TIGER

Intipati maskuliniti masa kini.

Maskuliniti masa kini mencerminkan seorang individu itu yang berpunya sisi kerjaya tersendiri dan benar-benar serius serta yakin dengan apa yang direncanakan.Secara tidak langsung, tampil sukses dalam melakukan sesuatu dengan begitu kompeten.

Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.

Kaum lelaki juga adalah manusia biasa, yang tidak terlepas dari mainan emosi serta berpunya sifat sentimental. Sesiapa pun tidak kira gender, dibenarkan untuk menyatakan hasrat hati atau beremosi demi menangani stress atau kesulitan yang melanda diri agar ia tidak berpanjangan. Saya tidak tahu siapa yang menetapkan konsep seorang lelaki itu perlu menjadi kuat dari setiap sisi. Kita sudah di abad ke-21, it’s a fair game for all. Lebih baik kita memupuk keseimbangan antara pasangan untuk tampil lebih harmoni.

Jam tangan, MONTBLANC. Jaket, ONITSUKA TIGER

Mengapa memilih untuk menjadi artis graffiti?

Saat dibangku sekolah rendah, darjah tiga tepatnya; kala itu saya terdorong untuk melukis di dalam hamparan kertas buku teks dan tidak begitu memberi perhatian kepada kelas. Dari contengan itu mengolahkan satu perasaan di mana saya seperti berada dalam ruang masa yang sepi, fokus lagi selesa. Hanya anda dan lukisan anda, sekalipun ia tidak bagus tetapi perasaan itulah yang mendorong untuk menceburi kerjaya dalam lapangan seni ini. Sekali gus, mendorong saya untuk berpunya impian dan masih teruja untuk melaksanakannya dengan sepenuh keikhlasan. Seni mendorong saya untuk terus menciptakan lalu melakukan sesuatu yang baik.

Bagaimana Kenji mendidik masyarakat menerusi seni grafiti yang kadangkala dianggap sebagai vandalisme?

Mengimbas kembali pada tahun 2012, kehadiran mural dua beradik berbasikal kreasi Ernest Zacharevic yang menghiasi dinding di Georgetown tular popular. Sekali pun dia bukan orang tempatan, Ernest benar-benar membuka spektrum pandangan umum. Langsung, mendidik orang ramai menerusi seni jalanan yang selama ini berselubung kenegatifan dan di label sebagai vandalisme. Selepas dia beroleh kejayaan menciptakan namanya, masih ramai yang mendahagakan mural akan tetapi dalam gaya yang berbeza. Demikian, dari situlah bermulanya kembara saya dalam memadukan seni mural bersama grafiti menjadi satu. Kini gerakan seni jalanan terus dipaparkan di seluruh dunia dari skrin telefon dan pengunjung berkejar untuk merakamkan foto kenangan kala pergi makan angin.

Baca lebih lanjut: #GL15TAHUN SINGER SONGWRITER SENSATION, HAEL HUSAINI

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut

KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK

Bacaan Lanjut