ZAYN MALIK BERSAMA GIUSEPPE ZANOTTI
Setelah menawan industri muzik pabila tampil solo dengan album sulungnya selepas dibayangi One Direction, Zayn Malik melangkah setapak lagi dalam bidang fesyen apabila hadir dengan line jenama kasutnya sendiri, hasil kolaborasi bersama Giuseppe Zanotti, pereka kasut terkenal dari Itali.

Melalui temubualnya bersama dengan media antarabangsa baru-baru ini, Zayn pertama kali bertemu Giuseppe sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Paris 2015 bersama kekasihnya, Gigi Hadid, dan kerjasama ini terus terjalin antara mereka berdua. Jelas Zayn Malik lagi, walaupun beliau menyedari cabang bidang masing-masing agak berbeza, namun mempunyai banyak persamaan dari segi penjenamaan dan idea untuk rekaan kasut.


Jelasnya lagi, “Saya sukakan rekaan yang memiliki ciri-ciri gelap dan pelik, dan Giuseppe tidak takut untuk bermain dengan elemen-elemen ini walaupun sebelum ini beliau terkenal dengan rekaan kasut yang lebih feminin. Proses mereka bentuk koleksi saya benar-benar menyeronokkan dan saya cukup berpuas hati dengan hasilnya! Fesyen, sama jua seperti muzik, mencapai kepada semua orang dan menjadi satu lagi saluran untuk saya menjadi kreatif. Malah, saya banyak belajar tentang stail dan rekaan kasut daripadanya. Kasut hasil kolaborasi ini lebih edgy, serta digabungkan dengan gaya ikonik rock ‘n roll dan warna organik.”
Malah, Giuseppe mengakui suka bekerjasama dengan Zayn Malik kerana mereka berkongsi visi yang sama dan teruja dengan kerjasama ini. Ternyata kolaborasi ini menjadi dan pasti ramai yang tertarik dengan rekaan kasut khas dari Zayn Malik ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











