Skip to content

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.

Berbanding tahun lalu, filem yang ditayangkan di layar perak tahun ini lebih meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton.

Pada suku pertama tahun 2024, penonton disajikan dengan karya mantap daripada genre aksi, romantis hingga seram. Antaranya Pendekar Awang, Dune: Part Two, Sheriff: Narko Integriti dan Furiosa: A Mad Max Saga yang ditunggu-tunggu.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada bulan Jun 2024

1. MEMOIR SEORANG GURU

Tarikh Tayangan: 30 Mei

Pelakon: Rosyam Nor, Nabila Huda, Johan As’ari, Trisha Ooi, Hariz Hamdan, Zul Huzaimy, Jesse Lim, Ellie Suriati

Sinopsis: Cikgu Sunan, seorang pesara guru tidak bersetuju dengan hasrat anaknya Kamariah untuk menjadi cikgu. Kekeliruan membentak dalam hatinya, adakah dia benar-benar ikhlas menjadi guru atau hanya menjadi pekerja makan gaji.

 

2. THE WATCHERS

Tarikh Tayangan: 6 Jun

Pelakon: Dakota Fanning, Georgina Campbell, Olwen Fouéré, Siobhan Hewlett

Sinopsis: Seorang wanita sedang dalam perjalanan ke perkampungan Western Irish apabila keretanya tiba-tiba rosak. Kala menempuhi hutan untuk mencari bantuan, dia dikejutkan dengan jeritan seorang wanita yang memintanya berlindung daripada makhluk misteri.

 

3. PADU

Filem Padu

Tarikh Tayangan: 6 Jun

Pelakon: Fify Azmi, Jojo Goh, Thanuja Ananthan, Melissa Campbell, Lia Natalia, Mak Adam, Umie Aida, Eizlan Yusof

Sinopsis: Kisah kehandalan pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia yang berjaya mengumpul 13 pingat emas daripada 20 kejohanan Sukan SEA sejak 1977.

 

4. THE CROW

The Crow (2024) - IMDb

Tarikh Tayangan: 6 Jun

Pelakon: Bill Skarsgard, FKA Twigs, Danny Huston, Isabella Wei, Laura Birn

Sinopsis: Pasangan kekasih Eric Draven dan Shelly Webster dibunuh dengan kejam. Diberi peluang untuk menyelamatkan cinta sejatinya dengan mengorbankan diri sendiri, Eric merentasi dunia hidup dan mati untuk membalas dendam.

 

5. BAD BOYS: RIDE OR DIE

Tarikh Tayangan: 13 Jun

Pelakon: Will Smith, Martin Lawrence, Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Paola Nuñez, Eric Dane

Sinopsis: Apabila mendiang ketua polis dikaitkan dengan kartel dadah, dua pegawai polis Miami bijak, Mike Lowrey dan Marcus Burnett memulakan misi berbahaya untuk membersihkan namanya.

 

6. ABNORMAL: BUAS

Tarikh Tayangan: 20 Jun

Pelakon: Aeril Zafrel, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Adlin Aman Ramlie, Wawa Zainal

Sinopsis: Pertubuhan rahsia membangunkan sekumpulan manusia super yang direka untuk menjadi pengintip dan pembunuh. Program rahsia itu berisiko apabila salah seorang manusia super melarikan diri dan berlindung di sebuah rumah keluarga. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila tiga perompak memecah masuk ke dalam rumah tersebut.

 

7. A QUIET PLACE: DAY ONE

Tarikh Tayangan: 27 Jun

Pelakon: Lupita Nyong’o, Joseph Quinn, Alex Wolff, Djimon Hounsou

Sinopsis: Kala New York City diceroboh makhluk asing yang memburu melalui bunyi, seorang wanita bernama Sammy perlu berjuang untuk terus hidup. Ia merupakan prekuel kepada siri filem A Quiet Place.

 

Pautan berkaitan: 5 FILEM HEBAT LAKONAN SYAFIQ KYLE TERMASUK SHERIFF: NARKO INTEGRITI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

Bacaan Lanjut
AERIL ZAFREL LANCAR NOVEL ADAPTASI FILEM ABNORMAL: BUAS

AERIL ZAFREL LANCAR NOVEL ADAPTASI FILEM ABNORMAL BUAS

Bacaan Lanjut
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
KENALI ISABELLA WEI, AKTRES 1899 ASAL HONG KONG YANG SEMAKIN POPULAR

KENALI ISABELLA WEI, AKTRES 1899 ASAL HONG KONG YANG SEMAKIN POPULAR

Bacaan Lanjut