Skip to content

FILEM ADI WIRA TERBAIK & TERCOROT SEPANJANG 2024

FILEM ADI WIRA TERBAIK & TERCOROT SEPANJANG 2024

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 dianggap sebagai tahun terburuk buat filem adi wira secara keseluruhannya.

Marvel Studios Disney dan DC Studios Warner Bros masing-masing mengeluarkan hanya sebuah filem pada tahun ini sebagai respons kepada kritikan ‘superhero fatigue’ sejak beberapa tahun lalu. Ini sekali gus memberi peluang kepada Sony dan studio lain untuk memasuki pasaran.

Bagaimanapun daripada tujuh filem adi wira yang ditayangkan di layar perak tahun ini, hanya satu yang meraih markah lebih 50% daripada pengkritik Rotten Tomatoes.

Ini senarai filem adi wira 2024 daripada yang tercorot kepada yang terbaik

 

7. Madame Web

Skor Rotten Tomatoes: 11%

FILEM ADI WIRA TERBAIK & TERCOROT PADA 2024

Sinopsis: Seorang paramedik New York City bernama Cassandra Webb mendapat kebolehan meramal secara tiba-tiba. Dalam keterpaksaan menerokai masa lalunya, dia perlu melindungi tiga wanita daripada dibunuh musuh misteri.

 

6. Kraven The Hunter

Skor Rotten Tomatoes: 15%

FILEM ADI WIRA TERBAIK & TERCOROT PADA 2024

Sinopsis: Sergei merupakan seorang pemburu yang memperoleh kemahiran luar biasa dan umur yang panjang selepas mengambil serum ajaib. Bertekad mahu membuktikan dirinya sebagai pemburu terhebat di dunia, Kraven memulakan perjalanan berbahaya untuk menghadapi musuh yang menggerunkan dan meleraikan konflik peribadi.

 

5. The Crow

Skor Rotten Tomatoes: 22%

FILEM ADI WIRA TERBAIK & TERCOROT PADA 2024

Sinopsis: Pasangan kekasih Eric Draven dan Shelly Webster dibunuh dengan kejam. Diberi peluang untuk menyelamatkan cinta sejatinya dengan mengorbankan diri sendiri, Eric merentasi dunia hidup dan mati untuk membalas dendam.

 

4. Joker: Folie a Deux

Skor Rotten Tomatoes: 32%

FILEM ADI WIRA TERBAIK & TERCOROT PADA 2024

Sinopsis: Seorang badut yang gagal dalam kerjayanya, Arthur Fleck bertemu cinta hati bernama Harley Quinn kala masing-masing mendapatkan rawatan di Arkham State Hospital.

 

3. Hellboy: The Crooked Man

Skor Rotten Tomatoes: 37%

Sinopsis: Hellboy dan seorang ejen baru BPRD terkandas di perkampungan Appalachia tahun 1950-an. Mereka menemui komuniti kecil yang dihantui oleh ahli sihir dan diketuai oleh Crooked Man yang terkenal.

 

2. Venom: The Last Dance

Skor Rotten Tomatoes: 41%

Sinopsis: Eddie dan Venom kini sedang dalam pelarian. Diburu oleh dunia dan dengan jaringan semakin dekat, kedua-duanya terpaksa membuat keputusan dahsyat yang akan menutup tirai pada tarian terakhir Venom dan Eddie.

 

1. Deadpool & Wolverine

Skor Rotten Tomatoes: 78%

Sinopsis: Wolverine sedang pulih daripada kecederaan yang dialaminya apabila dia bertembung dengan Deadpool. Mereka akhirnya bersetuju untuk bekerjasama bagi menewaskan pihak musuh.

 

Foto: ComicBook

Pautan berkaitan: 10 FILEM NETFLIX TERBAIK PADA 2024 PILIHAN GLAM LELAKI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FILEM PREKUEL & SEKUEL TERBAIK SEPANJANG 2024

10 FILEM PREKUEL & SEKUEL TERBAIK SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA DISEMBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA DISEMBER 2024

Bacaan Lanjut
DIET EKSTREM JOAQUIN PHOENIX DEMI WATAK JOKER

DIET EKSTREM JOAQUIN PHOENIX DEMI WATAK JOKER

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA OKTOBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA OKTOBER 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

Bacaan Lanjut
LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut