DUA LIPA & CALLUM TURNER BERTUNANG SELEPAS SETAHUN MENYULAM CINTA
Bintang pop pujaan ramai, Dua Lipa dilaporkan sudah pun mengikat tali pertunangan dengan aktor Callum Turner.
Spekulasi pertunangan mereka muncul apabila Dua memuat naik beberapa foto dan video sambutan Hari Krismas pada 25 Disember lalu. “Pulang ke rumah sempena musim perayaan ini. Salam sayang buat anda semua,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Hantaran itu menampilkan foto penyanyi itu menikmati aiskrim, bermain bersama haiwan peliharaan dan meluangkan masa bersama yang tersayang. Bagaimanapun apa yang lebih mencuri perhatian adalah cincin berlian di jari manisnya.
Cincin pertunangan emas 18-karat yang bertatahkan berlian solitaire moden itu dianggarkan bernilai lebih RM134,000.

Foto: Instagram
Foto: Instagram
Callum Turner Jejaka Tepat Buat Dua Lipa
Berita pertunangan itu disahkan oleh seorang kenalan terdekat Dua kepada akhbar The Sun.
“Dua dan Callum amat mencintai satu sama lain dan tahu hubungan ini akan berkekalan selamanya. Mereka sudah bertunang dan tidak pernah rasa segembira ini. Tahun ini merupakan salah satu tahun paling berjaya buat kerjaya profesional Dua dan pertunangan ini menjadikan 2024 lebih sempurna.
“Callum merupakan penyokong terbesar buat Dua dan mereka sangat secocok. Keluarga dan rakan-rakan merestui hubungan mereka. Krismas tahun ini ternyata sesuatu yang luar biasa buat mereka,” katanya.
Pasangan itu dilaporkan merancang parti sambutan Tahun Baru yang gemilang di London untuk meraikannya bersama orang tersayang. “Ia akan mejadi parti Tahun Baru yang akan diingati sampai bila-bila, terutamanya buat Callum dan Dua,” tambah sumber.

Foto: Backgrid
Percintaan Dua dan Callum dihidu peminat pada Januari lalu selepas mereka menghadiri afterparty Masters of the Air di London bersama.
Perhubungan mereka mendapat lebih perhatian umum pada bulan November ketika Dua menjayakan Zomato Feeding India Concert di Mumbai. Di sana, pasangan itu dilihat menikmati malam malam romantis bersama sekali gus mengesahkan percintaan mereka.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DOMINASI MUSE LELAKI,KENALI FASHION’S IT-BOYS 2025
Apabila kita memikirkan muse, imej monokrom Greta Garbo atau gambar Hollywood klasik Marilyn Monroe sering terlintas di fikiran. Anda setuju?
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE
Selepas kehangatan APT oleh Rosè, Jennie dari BLACKPINK pula akan menggegar dunia muzik dengan studio album pertamanya, RUBY. Tahun lepas, gadis berusia 29 tahun itu mengejutkan peminat dengan singlenya, Mantra apabila lagu tersebut berjaya debut di Billboard 100 menjadikannya penyanyi K-pop wanita pertama memperoleh sijil platinum dari Recording Industry Association of America (RIAA). RUBY akan…
5 JEJAKA YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI DUA LIPA
Dua Lipa berjaya menarik perhatian dunia bukan saja melalui muzik dan fesyen tetapi juga kehidupan cintanya.
KONSERT DUA LIPA DI KUALA LUMPUR DIPANJANGKAN
Dek sambutan hangat, konsert penyanyi ini yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil akan ditambah satu malam lagi.
5 FAKTA MENGENAI ROMAIN GAVRAS, KEKASIH BARU DUA LIPA
Lebih setahun memegang status solo, Dua Lipa akhirnya memperkenalkan teman lelaki barunya di Festival Filem Cannes.
SELAMAT TINGGAL TREVOR NOAH! DUA LIPA TAYANG KEKASIH BAHARU
Bintang berusia 27 tahun ini dilaporkan bercinta dengan penyanyi rap yang menampilkan lagu berjudul ‘Dua Lipa’ dalam album terbaharunya.