DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE
Selepas kehangatan APT oleh Rosè, Jennie dari BLACKPINK pula akan menggegar dunia muzik dengan studio album pertamanya, RUBY.
Tahun lepas, gadis berusia 29 tahun itu mengejutkan peminat dengan singlenya, Mantra apabila lagu tersebut berjaya debut di Billboard 100 menjadikannya penyanyi K-pop wanita pertama memperoleh sijil platinum dari Recording Industry Association of America (RIAA).
RUBY akan dipenuhi dengan 15 lagu termasuk Mantra, serta kolaborasi antara Jennie dengan nama-nama besar dalam industri muzik. Childish Gambino, Doechii, Dominic Fike, Dua Lipa, FKJ dan Kali Uchis adalah nama-nama besar yang bakal menghiasi album penuh ini. Bakal dilancarkan pada 7 Mac 2025, peminat-peminat Jennie meletakkan harapan tinggi untuk album kali ini. Berkonsepkan rubi, album ini dihiasi gambar dan konsep berona merah dan hitam, seperti batu permata itu.
Jennie cukup terkenal dengan nama samarannya sebagai trendsetter. Dengan gaya rambutnya yang lurus dan berona merah di dalam teaser RUBY, kami jangkakan ia akan menjadi trend yang baru. Dalam masa 3 jam selepas teasernya dilancarkan, nama JENNIE dan JENNIE IS COMING sudah tular dan menjadi trending di tempat pertama di aplikasi X.
Pada November 2023, Jennie membuka syarikatnya sendiri, ODD ATELIER untuk mengurus segala aktivitinya selepas meninggalkan YG Entertainment. Akan tetapi, BLACKPINK masih lagi berada dibawah pengurusan YG Entertainment untuk sebarang aktiviti kumpulan mereka. Oleh kerana aktiviti BLACKPINK yang cukup terhad di syarikat itu, peminat semakin teruja apabila setiap ahli BLACKPINK melancarkan apa-apa sahaja, dengan penuh tanda sokongan.
Pautan Berkaitan: KEMUNCULAN SEMULA GOT7 SELEPAS 3 TAHUN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EXO BAEKHYUN DAN D.O BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA SECARA SOLO
Ahli EXO, Baekhyun dan D.O bakal ke Malaysia secara individual untuk konsert solo mereka pada tahun ini. Penantian EXO-Ls kini tamat!
MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN
Ketahui bagaimana wanita mendominasi pentas karpet merah Met Gala 2025 dengan gaya tailored penuh statement.
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2
Drama bersiri Weak Hero Class 2 kini kembali untuk musim kedua, dengan situasi yang lebih intense dan aksi yang lebih hebat.
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025
Coachella, festival muzik terbesar menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dari Asia untuk membuat persembahan yang cukup hangat.
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.