Skip to content

DUA LIPA DAN CALLUM TURNER SAH BERGELAR SUAMI ISTERI, IMBAU LIMA ‘PUBLIC APPEARANCE’ MEREKA PALING MEMUKAU!

Kongsikan artikel ini

Penyanyi sensasi, Dua Lipa, dan pelakon Britain, Callum Turner, kini rasmi bergelar suami isteri selepas melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis intim yang diadakan di Old Marylebone Town Hall, London, di hadapan keluarga serta sahabat terdekat. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DUA LIPA (@dualipa)

Berita gembira itu turut dikongsi sendiri oleh Dua Lipa menerusi beberapa foto perkahwinan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Sejak mula dikaitkan sebagai pasangan pada awal 2024, kedua-duanya sering mencuri perhatian peminat menerusi kemunculan awam yang penuh gaya dan romantis. Sempena berita gembira ini, GLAM Lelaki imbau lima penampilan terhangat mereka sepanjang hubungan mereka.

Antara yang paling diingati pastinya ketika menghadiri Met Gala 2025. Pasangan ini tampil serasi dalam busana glamor yang menepati tema acara, sekali gus menjadi antara pasangan paling banyak diperkatakan pada malam tersebut. Dua Lipa menyarung adibusana Chanel di Met Gala 2025.

Mereka sekali lagi mencuri perhatian di Vanity Fair Oscar Party 2026 apabila tampil elegan dalam persalinan serba mewah, memancarkan aura bintang Hollywood moden. Pasangan ini tidak segan menunjukkan kemesraan mereka di hadapan kamera. Momen tersebut cukup manis buat tatapan peminat Dua Lipa khasnya.

Sebelum itu, Dua dan Callum turut membuat penampilan istimewa di Elton John AIDS Foundation’s 34th Annual Academy Awards Viewing Party. Kehadiran mereka di karpet merah membuktikan status mereka sebagai antara pasangan selebriti paling berpengaruh ketika itu.

Di Jerman pula, pasangan ini tampil menyokong tayangan perdana filem ‘Rosebush Pruning’ (dibintangi Callum Turner) sempena Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-76. Momen manis mereka di acara tersebut menjadi perhatian jurugambar antarabangsa. Dua sekali lagi memilih rekaan Chanel menghadiri acara tersebut. Manakala, Callum memilih sut Louis Vuitton yang cukup bergaya.

Namun, antara gambar paling ikonik ialah ketika mereka dilihat menuju ke sebuah makan malam romantis di Manhattan, New York pada April 2024. Penampilan santai tetapi penuh gaya itu menjadi antara detik awal yang mengesahkan hubungan mereka kepada umum.

dua lipa callum turner

Kini, selepas melalui pelbagai detik indah bersama, kisah cinta Dua Lipa dan Callum Turner memasuki lembaran baharu sebagai pasangan suami isteri.

Artikel berkaitan: 5 JEJAKA YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI DUA LIPA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE INTELLECTUAL ELITE: 6 IKON GLOBAL & OBSESI SASTERA MEREKA

6 IKON GLOBAL & OBSESI MEREKA TERHADAP PEMBACAAN

Bacaan Lanjut
YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC

YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC

Bacaan Lanjut
DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE

DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE

Bacaan Lanjut

MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN

Bacaan Lanjut
PASANGAN MET GALA 2025 HANGAT DI KARPET MERAH

PASANGAN MET GALA 2025 HANGAT DI KARPET MERAH

Bacaan Lanjut
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

Bacaan Lanjut