COLDPLAY SELANGKAH KE HADAPAN DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Coldplay, salah satu penyokong kemampanan terkenal dalam industri hiburan terus menunaikan janji untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Langkah terbaru yang diambil kumpulan ini adalah dengan mengeluarkan vinil album baru berjudul Moon Music yang diperbuat daripada bahan kitar semula iaitu plastik.
Menurut mereka, album mesra alam ini akan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 85% berbanding vinil 140g tradisional dan mengurangkan penghasilan lebih 25 tan metrik plastik. Juga, ia akan menjadi mencipta sejarah sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.
Salinan CD juga akan diperbuat daripada 90% polikarbonat kitar semula, dengan pengurangan 78% pelepasan karbon berbanding penghasilan CD tradisional.
Kolaborasi Coldplay Bersama The Ocean Cleanup
Album Moon Music turut ditampilkan dalam Edisi Notebook khas di mana 70% plastik yang digunakan dipintas oleh The Ocean Cleanup dari Rio Las Vacas, Guatemala daripada memasuki Teluk Honduras dan Lautan Atlantik.
Organisasi alam sekitar yang tidak berasaskan keuntungan itu telah lama membersihkan sisa plastik di lautan. Mereka menggunakan pemintas untuk memerangkap sampah di sungai serta menghalangnya daripada memasuki dan mencemarkan laut.
“Coldplay merupakan rakan kongsi terhebat kami dan saya teruja kerana hasil pengumpulan plastik kami telah membantu menghidupkan album Moon Music,” kata Boyan Slat, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup.
Tambahnya, “Memastikan plastik yang diperangkap tidak kembali ke laut adalah antara misi utama kami. Saya tidak sabar mahu melihat kolaborasi kami dengan Coldplay dan rakan kongsi lain di masa akan datang untuk menyingkir bahan plastik ini bersama-sama.”
Album ke-10 kumpulan Coldplay, Moon Music akan dilancarkan pada 4 Oktober 2024. Single pertama mereka berjudul feelslikeimfallinginlove bakal menemui peminat pada 21 Jun ini. Nantikan!
Foto: X
Pautan berkaitan: COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.