Skip to content

5 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERGELAR BAPA MUDA

5 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERGELAR BAPA MUDA

Kongsikan artikel ini

Bergelar ‘bapa tua’ bukanlah satu isu besar di kalangan selebriti Hollywood.

Ramai antara mereka memilih untuk tidak memegang status bapa pada usia muda kerana mahu mendaki puncak kerjaya tanpa terikat dengan komitmen terhadap isteri dan anak-anak.

Apabila sudah berjaya mencipta nama dan jadual penggambaran tidak lagi padat disebabkan usia semakin lanjut, selebriti ini memilih untuk berumah tangga dan berkeluarga.

Antara contoh terdekat adalah Steve Martin yang menimang cahaya mata pertama pada 2012 ketika berusia 67 tahun. Begitu juga dengan George Clooney yang dikurniakan anak kembar pada usia 56 tahun. Bagaimanapun terdapat juga artis lelaki yang direzekikan mempunyai anak pada usia terlalu muda.

Ini selebriti yang memegang status bapa sebelum mencecah usia 20 tahun

 

1. Lil Wayne

Penyanyi rap ini menimang cahaya mata pertama pada usia 16 tahun hasil perhubungan dengan teman wanitanya di sekolah, Toya Johnson. Anak sulung dan satu-satunya anak perempuan penyanyi ini yang diberi nama Reginae Carter kini bergelar pelakon drama dan filem. Lil Wayne atau nama sebenarnya Dwayne Michael Carter Jr dan teman wanitanya berkahwin dari tahun 2004 hingga 2006. Selepas bercerai, dia dikurniakan tiga lagi cahaya mata daripada tiga wanita berbeza.

bapa muda

Foto: WireImage

 

2. Rod Stewart

Penyanyi dan penulis lagu ini dikurnia anak pertama, Sarah Streeter hasil perhubungannya dengan Susannah Boffey pada 1963 ketika berusia 17 tahun. Pasangan itu kemudian menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat. Tidak lama selepas kematian ibu bapa angkat Sarah Streeter, Rod Stewart kembali berhubung dengan anaknya. Dalam rancangan Piers Morgan Live pada 2011, dia meluahkan penyesalan kerana menyerahkan anak sulungnya kepada orang lain. “Saya rasa bersalah tentang segalanya. Ia memakan diri saya.” Selain Sarah Streeter, penyanyi itu turut memiliki tujuh lagi cahaya mata.

bapa muda

Foto: UGC

 

3. Machine Gun Kelly

Penyanyi rap, penulis lagu dan aktor ini memiliki seorang anak perempuan hasil perhubungan dengan bekas teman wanita, Emma Cannon. Masing-masing berusia 18 tahun ketika itu. Anaknya, Casie Colson Baker kerap dilihat bersamanya di acara karpet merah beberapa tahun kebelakangan ini. Tidak banyak yang diketahui mengenai ibu Casie tetapi Machine Gun Kelly pernah memberikan ucapan Hari Ibu kepadanya pada tahun 2013 dan menggelarnya sebagai “ibu terbaik yang pernah saya lihat dengan mata kepala sendiri.”

Foto: Getty Images

 

4. Charlie Sheen

Aktor ini dikurnia anak sulung pada usia 19 tahun hasil perhubungannya dengan kekasih zaman sekolah, Paula Profit pada 1984. Diberi nama Cassandra Jade Estevez, dia jarang menjadi tumpuan media namun pernah dirakam berjalan diiringi bapanya pada hari perkahwinannya. Charlie Sheen turut memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan Denise Richards dan dua lagi daripada perkongsian hidupnya dengan Brooke Mueller.

bapa muda

Foto: Pinterest

 

5. Lamar Odom

Bekas suami Khloe Kardashian ini mengalu-alukan kehadiran anak pertama, Destiny Odom pada usia 19 tahun. Ketika itu dia bergelar pemain bola keranjang baru di Universiti Rhode Island. Dia sudah pun memiliki tiga anak bersama bekas teman wanita, Liza Morales sebelum berkahwin dengan Khloe Kardashian pada 2009. Selain Destiny, Lamar Odom juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Lamar Odom Jr. Anak bongsunya, Jayden meninggal dunia ketika berusia enam bulan akibat sindrom kematian bayi mengejut.

Foto: Daily Mail

 

Foto: X

Pautan berkaitan: 10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI INI MEMEGANG STATUS BAPA SEBELUM MENCECAH USIA 20 TAHUN

5 SELEBRITI INI MEMEGANG STATUS BAPA SEBELUM MENCECAH USIA 20 TAHUN

Bacaan Lanjut
SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIKI JENAMA KECANTIKAN SENDIRI

SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIKI JENAMA KECANTIKAN SENDIRI

Bacaan Lanjut
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

Bacaan Lanjut
4 PERSAHABATAN AKTOR HOLLYWOOD YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

4 PERSAHABATAN AKTOR HOLLYWOOD YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
LAMARAN PENUH MAKNA MACHINE GUN KELLY BUAT MEGAN FOX

LAMARAN PENUH MAKNA MACHINE GUN KELLY BUAT MEGAN FOX

Bacaan Lanjut
ALASAN MACHINE GUN KELLY MEWARNAKAN LIDAHNYA DENGAN RONA HITAM

ALASAN MACHINE GUN KELLY MEWARNAKAN LIDAHNYA DENGAN RONA HITAM

Bacaan Lanjut