Skip to content

JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Kongsikan artikel ini

Ahli kumpulan BTS, Jin melakar sejarah tersendiri apabila diberi penghormatan membawa obor pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Mewakili negaranya Korea Selatan, Jin akan menyertai larian membawa obor secara berganti-ganti bersama 11,000 atlet dari seluruh dunia. Sekali gus menyebarkan mesej tentang keamanan dan keharmonian.

Namun dia bukan satu-satunya ikon terkenal yang terlibat dalam acara itu. Antara atlet selebriti lain yang akan turut serta adalah bekas pemain bola keranjang, Tony Parker dan bekas pemain bola sepak, Didier Drogba. Tidak ketinggalan barisan angkasawan, mangsa peperangan dan individu penting lain.

Penyanyi berusia 32 tahun itu dilaporkan akan terbang ke Perancis dalam masa terdekat untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut. Bagaimanapun buat masa sekarang, tarikh dan lokasi tepat masih belum didedahkan kepada umum.

jin bts sukan olimpik paris 2024

Foto: Latesly

Warna-Warni Temasya Olimpik Paris 2024

Sukan Olimpik Paris akan berlangsung selama dua minggu dari 27 Julai hingga 11 Ogos 2024. Seramai 15,000 atlet daripada 206 negara bertanding dalam 329 acara daripada 32 jenis olahraga.

Menurut laporan, nyalaan obor temasya ini sudah pun bermula di Greece pada bulan lalu dan akan berakhir di negara tuan rumah, Perancis. Ia akan mengelilingi lebih 400 lokasi di Perancis sejauh 12,000 kilometer sebelum tiba di tapak pembukaan Sukan Olimpik di Jardins du Trocadero pada 26 Julai.

Seramai 26 atlet Malaysia akan menyertai temasya ini yang melibatkan 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga. Antaranya Dato’ Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nur Dhabitah Sabri, Lee Zii Jia, Azeem Fahmi dan Ariana Nur Diana.

Atlet malaysia sukan olimpik paris 2024

 

Foto: Big Hit

Pautan berkaitan:  JUNGKOOK BTS BAKAL MEMERIAHKAN PIALA DUNIA QATAR 2022