7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau tua bukanlah sesuatu yang ‘gila’ di Hollywood.
Apa yang lebih ‘gila’ buat pasangan selebriti adalah setiap langkah mereka dijejaki, foto mereka dirakam tanpa kebenaran, dan berita palsu mengenai mereka disebarkan oleh paparazi mahupun netizen.
Justeru tidak hairanlah jika selebriti sudah lali dan tidak peduli dengan tomahan mengenai perhubungan mahupun jarak usia antara diri mereka dan pasangan.
Glam Lelaki bariskan tujuh pasangan popular yang mempunyai jarak usia agak besar
Ryan Reynolds, 48 & Blake Lively, 37
Jarak Usia: 11 Tahun

Pasangan ini bertemu di set penggambaran Green Lantern pada tahun 2010 sewaktu Ryan berusia 33 tahun manakala Blake 22 tahun. Mereka mula menjalin hubungan cinta pada 2011 dan berkahwin setahun kemudian. Mereka kini bergelar ibu bapa kepada tiga cahaya mata.
Jay-Z, 55 & Beyoncé, 43
Jarak Usia: 12 Tahun

Kedua-dua penyanyi ini mula bercinta pada tahun 2001 ketika Jay-Z berusia 32 tahun manakala Beyoncé 20 tahun. Terdapat khabar angin mengatakan mereka jatuh cinta sebelum Beyoncé berumur 18 tahun lagi! Mereka berkahwin dalam majlis privasi pada 2008 dan kini berkongsi tiga cahaya mata.
Jason Statham, 57 & Rosie Huntington-Whiteley, 37
Jarak Usia: 20 Tahun
Pasangan ini mula menjalin hubungan pada 2010 dan bertunang enam tahun kemudian. Pada 2017, Rosie melahirkan anak sulung mereka, Jack Oscar Statham yang kini berusia enam tahun. Pasangan ini dilaporkan telah pun berkahwin secara rahsia dan kini memiliki dua cahaya mata.
Priyanka Chopra, 42 & Nick Jonas, 32
Jarak Usia: 10 Tahun

Selepas bercinta hanya dua bulan, Priyanka dan Nick membuat keputusan untuk bertunang pada 2018. Perbezaan 10 tahun ternyata tidak menjadi isu buat penyanyi ini. Mereka mendirikan rumah tangga pada Disember tahun yang sama dalam dua upacara mewah mengikut tradisi India dan Amerika.
George Clooney, 63 & Amal Alamuddin, 46
Jarak Usia: 17 Tahun

George Clooney mengejutkan dunia apabila membuat keputusan menamatkan zaman bujang pada 2014. Dia berkahwin pada usia 52 tahun, manakala isterinya berusia 37 tahun hanya selepas tahun mengenali hati budi masing-masing. Mereka kini dikurniakan dua cahaya mata.
Michael Douglas, 80 & Catherine Zeta-Jones, 55
Jarak Usia: 25 Tahun

Pasangan ini mempunyai jarak usia yang agak besar namun menariknya mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu pada 25 September. Mereka bertemu buat kali pertama pada 1996 dan Michael membuat keputusan untuk melamar pada 1999. Setahun kemudian, mereka mendirikan rumah tangga dan kekal bahagia hingga kini.
Alec Baldwin & Hilaria Baldwin
Jarak Usia: 26 Tahun
Alec bertemu guru yoga ini buat kali pertama pada 2011. Menerusi satu temu bual pada 2013, Hilaria mendedahkan mereka mula hidup sebumbung selepas lima bulan menjalin hubungan. Setelah berbincang secara mendalam mengenai perkahwinan, mereka akhirnya mendirikan rumah tangga pada 2012 dan kini berkongsi lapan cahaya mata.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.












