5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA
Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan banyak perkahwinan bintang Hollywood dilanda badai sehingga bercerai-berai.
Pada Ogos 2023, industri hiburan dikejutkan dengan berita perceraian Britney Spears dan Sam Asghari. Salah satu pasangan popular di Hollywood itu hanya sempat menjalani pahit manis perkahwinan selama setahun. Mereka sah bercerai pada bulan lalu.
Dua bulan sebelum itu Natalie Portman menfailkan perceraian terhadap suaminya, Benjamin Millepied selepas 11 tahun berkahwin kerana berlaku curang. Joe Manganiello dan Sofia Vergara juga membuat keputusan membawa haluan masing-masing pada bulan sama. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tujuh tahun.
Semestinya tempoh perkahwinan yang panjang tidak menjamin kebahagiaan berkekalan. Ramai selebriti bercerai-berai walaupun sudah berdekad hidup bersama.
Intai pasangan selebriti Hollywood yang bercerai selepas 20 tahun bergelar suami isteri
1. Hugh Jackman dan Deborra-Lee Furness
Pasangan asal Australia ini mengumumkan perceraian mereka pada September 2023, lima bulan selepas sambutan ulang tahun perkahwinan ke-27. Dalam kenyataan bersama, Hugh Jackman dan Deborra-Lee Furness berkata hala tuju kehidupan mereka telah berubah.
Disebabkan itu mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing demi mencapai matlamat peribadi. Pasangan itu memiliki dua anak angkat, Oscar Maximilian, 23 dan Ava Eliot, 18.
2. Billy Ray Cyrus dan Tish Finley Cyrus-Purcell
Ibu bapa kepada ‘pop chameleon’, Miley Cyrus menfailkan perceraian selepas 28 tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri dari 1993 hingga 2022. Pasangan itu pernah berhasrat untuk bercerai pada 2010 dan 2013, bagaimanapun jodoh mereka masih panjang.
Hampir tiga dekad bersama, mereka dikurniakan lima cahaya mata. Lebih setahun bercerai, Tish Finley mengahwini aktor Prison Break, Dominic Purcell pada bulan Ogos 2023. Billy Ray Cyrus juga mengahwini penyanyi Australia, Firerose pada tahun sama.
3. Anthony Anderson dan Alvina Stewart
Pada 2015, Alvina Stewart menfailkan perceraian terhadap Anthony Anderson namun mereka kembali bersama pada 2017. Bagaimanapun jodoh mereka tidak bertahan lama.
Isteri kepada aktor Black-ish itu sekali lagi menfailkan perceraian pada Mac 2022. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1999, lebih 23 tahun lalu.
4. Chris Rock dan Malaak Compton-Rock
Pasangan pelawak dan aktivis sosial ini menjalani kehidupan berumah tangga dari 1996 hingga 2016. Sepanjang 20 tahun perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan.
Malaak Compton-Rock menfailkan perceraian pada Disember 2014 dan mereka sah bercerai dua tahun kemudian. Dalam satu temu bual, Chris Rock berkata, “Perceraian bukanlah kegagalan, tetapi ia menyebabkan sesuatu dalam hidup anda berkecai.”
5. Arnold Schwarzenegger dan Maria Shriver
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1986 sebelum Maria Shriver menfailkan perceraian pada 2011. Selepas 35 tahun hidup bersama, mereka sah bercerai pada 2021.
Maria mengambil keputusan bercerai selepas terbongkarnya kecurangan Arnold dengan pembantu rumah sehingga melahirkan seorang anak, Joseph. Pada 2014, aktor Terminator itu mengaku kecewa dengan kesilapannya yang menyebabkan keluarganya terluka dan berpecah-belah.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN
Zendaya dilihat hadir ke majlis pelancaran Bero, jenama bir tanpa alkohol milik teman lelakinya di New York City baru-baru ini.
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA
Angelina Jolie mencetuskan spekulasi percintaan apabila dilihat bermalam dengan penyanyi rap Britain, Akala di sebuah hotel di London.
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER
Walaupun ada ura-ura mengatakan Timothee Chalamet dan Kylie Jenner telah berpisah, hakikatnya jalinan cinta antara mereka semakin mekar dan kukuh.
AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU
Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.
JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG
Justin Bieber dan Hailey Bieber selamat menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Jack Blues Bieber pada 23 Ogos lalu.