Skip to content

DI SEBALIK MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANANT AMBANI & RADHIKA MERCHANT BERNILAI RM2.82 BILION

DI SEBALIK MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANANT AMBANI & RADHIKA MERCHANT BERNILAI RM2.82 BILION

Kongsikan artikel ini

Pesta perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant yang diadakan selama tiga hari berturut-turut meriah dengan kehadiran bintang ternama.

Majlis yang disifatkan sebagai ‘wedding of the year’ itu bermula pada hari Jumaat, 12 Julai 2024 di JIO World Convention Centre, Mumbai milik keluarga Anant.

Anant dan Radhika mengikat tali pertunangan pada 29 Disember 2022. Mereka mengadakan majis praperkahwinan mewah bermula Mac lalu yang dihadiri 1,200 tetamu termasuk Ivanka Trump, Bill Gates dan Mark Zuckerberg. Rihanna dibayar sebanyak RM38 juta untuk membuat persembahan di parti yang berlangsung di premis hidupan liar milik Anant di Gujerat.

Pada bulan Mei, seramai 800 dijemput meraikan sambutan kedua di atas kapal persiaran dari Perancis ke Itali selama empat hari. Selain Katy Perry dan Andrea Bocelli, tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Backstreet Boys yang menerima bayaran sekitar RM225,000 hingga RM400,000.

DI SEBALIK MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANANT AMBANI & RADHIKA MERCHANT BERNILAI RM2.82 BILION

Foto: Hindustan Times

Majlis praperkahwinan terakhir berlangsung bak konsert peribadi pada 5 Julai lalu. Justin Bieber yang dibayar sebanyak RM47 juta mendendangkan beberapa lagu popularnya termasuk Baby, Where Are U Now dan Peaches.

Ini butiran lanjut tentang majlis perkahwinan mega Anant Ambani & Radhika Merchant

GERANGAN RAJA DAN RATU SEHARI

Anant adalah anak bongsu kepada individu ke-11 terkaya dunia, Mukesh Abani dan dermawan Nita Ambani. Mukesh merupakan Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance Industries. Kekayaannya dianggarkan berjumlah USD123.7 bilion. Radhika pula anak kepada taikun farmaseutikal, Viren Merchant dan Shaila Merchant.

Pasangan ini mengenali satu sama lain sewaktu zaman kanak-kanak namun bibit-bibit percintaan berputik pada 2017. Mereka mendedahkan hubungan kepada umum setahun kemudian.

 

MAJLIS MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN

Selain majlis mega yang dikenali sebagai ‘Samuh Vivah’ pada 2 Julai di Palghar, Anant dan Radhika turut diraikan dalam acara muzik dan tarian atau ‘sangeet’ di Nita Mukesh Ambani Cultural Center tiga hari kemudian. Upacara ‘haldi’ peribadi berlangsung pada 8 Julai sambil dikelilingi ahli keluarga dan rakan terdekat.

DI SEBALIK MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANANT AMBANI & RADHIKA MERCHANT BERNILAI RM2.82 BILION

Foto: Instagram

Pesta perkahwinan gilang-gemilang pasangan ini bermula pada 12 Julai lengkap dengan acara karpet merah. Ia diikuti dengan upacara mengambil berkat atau ‘shubh ashirwad’ keesokan harinya di rumah agam 27 tingkat milik keluarga, Antilia. Sambutan pada hari terakhir, 14 Julai menyaksikan acara ‘mangal utsav’ di lokasi sama.

 

KOS PERKAHWINAN

Anggaran perbelanjaan majlis perkahwinan pasangan ‘Crazy Rich India’ ini dilaporkan sekitar RM2.82 juta. Ini termasuk semua kos dari pesta praperkahwinan sehingga ke acara akhir.

 

BARISAN BINTANG TERKENAL YANG MEMERIAHKAN MAJLIS

Majlis Anant dan Radhika diserikan dengan kehadiran hampir kesemua selebriti popular Bollywood termasuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ranbir Kapoor dan ramai lagi.

John Cena, Kim Kardashian, Khloe Kardashian, Nick Jonas dan tentunya isteri, Priyanka Chopra antara bintang Hollywood yang diterbangkan ke India untuk menyaksikan penyatuan pasangan itu. Turut hadir adalah peninju Mike Tyson, bekas Perdana Menteri United Kingdom Tony Blair dan Presiden FIFA Gianni Infantino.

Foto: The Hindu

 

Foto: Getty Images

Puatan berkaitan: JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA