JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA
Selepas Backstreet Boys, Justin Bieber pula dijemput membuat persembahan di majlis praperkahwinan mewah anjuran bilionair India, Mukesh Ambani.
Anant Ambani, anak bongsu kepada individu ke-11 terkaya di dunia itu bakal disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Radhika Merchant pada 12 Julai di Mumbai. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 29 Disember 2022.
Pada pesta yang berlangsung baru-baru ini, Justin mencipta rekod apabila menerima bayaran sebanyak RM47 juta untuk menghiburkan barisan tetamu yang hadir. Majlis yang berlangsung bak konsert itu menyaksikan Justin mendendangkan beberapa lagu popularnya termasuk Baby, Where Are U Now, All That Matters, Cold Water dan Peaches.

Foto: Instagram

Foto: Instagram
Menurut laporan, suami kepada Hailey Bieber itu dikawat ketat sejak menjejakkan kaki di lapangan terbang India sehinggalah waktu berangkat pulang.
Justin Bieber Atasi Bayaran Rihanna
Ini merupakan gala praperkahwinan ketiga buat pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘Crazy Rich India’ itu. Pesta pertama yang berlangsung di premis hidupan liar milik Anant di Gujerat, India pada Mac 2024 dimeriahkan dengan persembahan daripada Rihanna.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menerima bayaran sebanyak RM38 juta, jauh lebih rendah berbanding jumlah yang diterima Justin. Antara tetamu yang hadir adalah barisan individu terkaya di dunia termasuk Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Bob Iger.

Foto: News18
Sambutan praperkahwinan kedua pula berlangsung selama empat hari dari 29 Mei hingga 1 Jun lalu di atas kapal persiaran. Ia dihadiri barisan usahawan, atlet popular serta selebriti tersohor Bollywood. Ini termasuk Shah Rukh Khan, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Ranveer Singh, Kareena Kapoor, dan Karisma Kapoor.
Satu klip video yang tular menyaksikan Backstreet Boys membuat persembahan penuh bertenaga di atas kapal yang sedang menuju ke Perancis dari Itali. Kumpulan itu dilaporkan menerima bayaran sekitar RM225,000 hingga RM400,000. Tiga lagi selebriti yang turut dijemput untuk menghiburkan tetamu adalah Katy Perry, Pitbull dan Andrea Bocelli.

Foto: Hindustan Times
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?
Baru lima bulan menimang cahaya mata sulung, muncul laporan mengatakan perkahwinan Justin Bieber dan Hailey Baldwin ibarat retak menanti belah.
JUSTIN BIEBER KEMBALI & NONE OF US ARE IMMUNE!
Siapa sangka obsesi kegilaan pada penyanyi asal Canada ini, Justin Bieber masih tersisa di tahun 2025 and none of us are immune! Antara peranannya sebagai seorang bapa, penyanyi bertaraf antarabangsa dan pelbagai isu berkaitan kesihatan mental dan emosi, jangan lupa dia pernah menjadi salah satu simbol seks terbesar di dunia. Well, he’s here to remind…
JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG
Justin Bieber dan Hailey Bieber selamat menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Jack Blues Bieber pada 23 Ogos lalu.
DI SEBALIK MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANANT AMBANI & RADHIKA MERCHANT BERNILAI RM2.82 BILION
Pesta perkahwinan pasangan 'Crazy Rich India' yang diadakan selama tiga hari berturut-turut meriah dengan kehadiran bintang ternama.
ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA
Selepas hampir enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Justin dan Hailey Bieber bakal memegang status baru tidak lama lagi.
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD
Walaupun kebanyakan selebriti terkenal Hollywood berasal dari Amerika Syarikat, anda pasti tahu Kanada merupakan pengeksport terbesar penghibur berbakat besar.