Skip to content

PUTERA AL HUSSEIN BAKAL TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

PUTERA AL HUSSEIN BAKAL TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

Kongsikan artikel ini

Kehidupan Putera Mahkota Jordan, Putera Al Hussein dan Puteri Rajwa bakal diserikan dengan kehadiran orang baru tidak lama lagi.

April lalu pasangan Diraja ini mengumumkan bahawa mereka akan menimang anak pertama. Khabar gembira itu dikongsi kepada umum menerusi satu kenyataan rasmi di laman X.

“Mahkamah Diraja Hashemite dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II dan Puteri Rajwa Al Hussein sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka pada musim panas ini.

“Mahkamah Diraja Hashemite merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania Al Abdullah pada kesempatan ini. Juga mendoakan agar Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Al Hussein dan Puteri Rajwa sihat dan gembira kala menyambut kelahiran bayi mereka,” menurut kenyataan.

Foto: People

Foto Bahagia Bakal Ibu Bapa, Putera Al Hussein dan Puteri Rajwa

Awal Jun lalu pasangan itu berkongsi foto kehamilan pada acara kebangsaan sempena Jubli Perak Raja Abdullah. Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Rajwa kelihatan manis dalam gaun merah, jelas mempamerkan perutnya yang membesar. Putera Mahkota Jordan tersenyum gembira di sisinya.

Foto: Instagram

“Saya dan Rajwa sebelum berlangsungnya acara kebangsaan #Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia,” tulis Putera Mahkota dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Baru-baru ini Permaisuri Rania turut berkongsi foto terkini pasangan itu di Instagram sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya itu. Dalam foto tersebut, pewaris takhta Jordan itu dilihat memeluk erat pinggang isterinya.

“Selamat hari jadi, putera kesayanganku Hussein. Tidak sabar mahu melihat anakanda dan Rajwa menjadi ibu bapa,” tulis Permaisuri Jordan.

putera al hussein puteri rajwa

Foto: Instagram

Bayi yang bakal lahir ini merupakan cucu pertama Raja Abdullah dan Permaisuri Rania. Menurut Gerts Royals, ahli keluarga baru ini akan menerima gelaran Duli Yang Teramat Mulia Putera/Puteri.

Jika anak yang dilahirkan adalah lelaki, dia akan menjadi pewaris kedua takhta Kerajaan Hashemite Jordan. Menurut perlembagaan negara, takhta dinasti Raja Abdullah akan diturunkan kepada anak sulungnya, dan seterusnya. Putera Mahkota merupakan pewaris takhta diikuti oleh adik lelakinya Putera Hashem.

Putera Al Hussein dan Puteri Rajwa yang merupakan warga Arab Saudi disatukan sebagai suami isteri pada 1 Jun 2023 di Amman, ibu kota Jordan.

 

Foto: X/Instagram

Pautan berkaitan: 17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

15 FOTO DETIK PENTING PERMAISURI RANIA YANG JARANG DILIHAT

15 FOTO DETIK PENTING PERMAISURI RANIA YANG JARANG DILIHAT

Bacaan Lanjut
NILAI KEKAYAAN PEWARIS TAKHTA JORDAN, PUTERA MAHKOTA HUSSEIN BIN ABDULLAH II

NILAI KEKAYAAN PEWARIS TAKHTA JORDAN, PUTERA HUSSEIN BIN ABDULLAH II

Bacaan Lanjut
17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

Bacaan Lanjut
SEKITAR MAJLIS BERINAI RAJWA AL SAIF, BAKAL SURI HATI PUTERA MAHKOTA AL HUSSEIN

SEKITAR MAJLIS BERINAI RAJWA AL SAIF, BAKAL SURI HATI PUTERA MAHKOTA AL HUSSEIN

Bacaan Lanjut
5 BUTIRAN PERKAHWINAN PUTERA MAHKOTA JORDAN, AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

5 BUTIRAN PERKAHWINAN PUTERA MAHKOTA JORDAN, AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

Bacaan Lanjut
Hussein bin Abdullah Putera Mahkota Jordan

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI PUTERA MAHKOTA JORDAN, AL-HUSSEIN BIN ABDULLAH

Bacaan Lanjut