Skip to content

FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

Kongsikan artikel ini

Perkongsian Instagram terbaru Justin Bieber mengundang rasa bimbang di kalangan peminatnya.

Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik baru-baru ini, Justin berkongsi beberapa foto dirinya termasuk di ketika membuat persembahan di Coachella, bermain golf, melepak, merokok dan mencuba kasut baru.

Bagaimanapun ada dua gambar yang mencetus perbualan hangat di kalangan netizen: Fotonya sedang menangis. Justin dilihat memandang ke arah telefon bimbitnya dengan riak wajah kecewa dan air mata mengalir di pipi.

Justin Bieber

Foto: Instagram

Sudah tentu para peminat berasa gusar dengan keadaan penyanyi kesayangan mereka yang pernah berdepan dengan isu kesihatan mental. Seorang netizen menulis, “Kenapa menangis, Justin? Kami akan sentiasa menyokong kamu.”

Seorang lagi peminat meluahkan rasa bimbang. “Kenapa dengan kamu? Saya harap kamu okey. Tak suka tengok air mata membasahi wajah kamu.”

Perkahwinan Justin Bieber & Hailey Bieber Retak Menanti Belah?

Selain itu, ada juga yang tertanya-tanya adakah ia disebabkan oleh hubungannya yang bermasalah dengan isteri, Hailey Bieber. Namun setakat ini, ia sekadar spekulasi daripada peminat. Malah Hailey turut menulis komen pada hantaran tersebut. “A pretty crier,” tulisnya.

Pengasas jenama Rhode itu juga berkongsi salah satu foto di Instagram Story, yang memaparkan Justin tanpa baju dengan peluh menitis di badannya. “Oh I’m unwell,” tulisnya ringkas, seakan mahu menghentikan gosip perpisahan mereka yang kini tular di media sosial.

Hailey Bieber

Foto: Instagram

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KEDANGKALAN JUSTIN BIEBER & HAILEY MENGENAI RAMADAN MENGUNDANG KECAMAN DUNIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Bacaan Lanjut
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
8 BINTANG HOLLYWOOD POPULAR INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

8 BINTANG HOLLYWOOD INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

Bacaan Lanjut
IMBASAN MET GALA: PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

Bacaan Lanjut
PETUNJUK KOLABORASI JUNGKOOK BTS & JUSTIN BIEBER

PETUNJUK KOLABORASI JUNGKOOK BTS & JUSTIN BIEBER

Bacaan Lanjut
KEDANGKALAN JUSTIN BIEBER & HAILEY MENGENAI RAMADAN MENGUNDANG KECAMAN DUNIA

KEDANGKALAN JUSTIN BIEBER & HAILEY MENGENAI RAMADAN MENGUNDANG KECAMAN DUNIA

Bacaan Lanjut