KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Syawal tahun ini amat bermakna buat pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose apabila menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Aktres berusia 32 tahun itu selamat melahirkan puteri sulungnya seberat 2.72 kilogram pada hari Sabtu, 27 April 2024. Berita gembira itu dikongsikan bersama peminat menerusi satu perkongsian di Instagram.
“Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess Subuh tadi. Welcome to the world sayangku, I love you so much,” tulisnya. Uqasha turut memaklumkan bahawa puterinya diberi nama Uqaira.
Kamal turut memuat naik dua keping foto keluarga kecil mereka sekali gus meluahkan rasa kesyukuran atas rezeki yang diberikan kepadanya dan isteri.
“Selamat datang ke dunia anak ayah dan ibu. Syukur kepada Allah. Terima kasih atas limpah kurnia yang Engkau berikan. Jadilah anak terhebat dan solehah, Insya-Allah. Thank you so much Uqasha and I love you both so much. Terima kasih atas doa-doa semua,” tulisnya panjang lebar.
Rakan Selebriti Berkongsi Kegembiraan Kamal Adli & Uqasha Senrose
Di ruangan komen, rakan artis tumpang gembira dan turut merakamkan ucapan tahniah termasuk Hun Haqeem, Janna Nick, Daiyan Trisha serta Jamal Khan, pengarah drama popular Akira Khan yang dibintangi pasangan itu. Selebriti lain sempat menitipkan doa yang baik-baik buat mereka.
“Congrats adik cantik. Mesti baby cantik macam Mommy dia,” tulis Siti Elizad.
“Alhamdulillah. Tahniah Mal dan Sha. Welcome to parenthood,” kongsi Remy Ishak.
“Aunty doakan Uqaira menjadi anak yang solehah, bahagia dan berjaya dunia akhirat,” tulis Amylea Azizan.
Kehadiran Uqaira adalah rezeki yang telah lama dinanti-nantikan Kamal dan Uqasha. Umum mengetahui pemilik nama Nik Zaris Uqasha ini pernah dua kali mengalami keguguran. Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah beberapa bulan selepas berkahwin manakala kali kedua sekitar November 2022.
Kamal dan Uqasha disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Foto: Facebook
Pautan berkaitan: KEADAAN TERKINI KAMAL ADLI SELEPAS SERANGAN MENGEJUTKAN DI SINGAPURA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA
Pasangan Beckham sememangnya terkenal dengan portfolio hartanah di seluruh dunia. Kini, David dan Victoria menambah satu lagi aset mewah ke dalam ‘koleksi’ mereka.
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN
Zendaya dilihat hadir ke majlis pelancaran Bero, jenama bir tanpa alkohol milik teman lelakinya di New York City baru-baru ini.