AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR
Bintang pujaan ramai dari seberang, Afgan bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia dengan konsert terbaru.
Kali ini dia akan bergandingan dengan Lyodra, penyanyi dan pelakon kelahiran Medan yang baru meningkat usia 21 tahun. Konsert yang diberi nama ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ ini akan diadakan pada 28 September 2024 bertempat di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza.
Nama Afgan dan Lyodra hangat menjadi perbualan kebelakangan ini dek penangan lagu duet mereka, Ada yang dilancarkan pada tahun lalu. Suara lunak dan keserasian mereka telah pun menambat hati peminat bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia dan Singapura.

Kharisma Music selaku penganjur berkata konsert ini menjanjikan pengalaman hebat dan detik yang tidak dapat dilupakan buat peminat dengan lagu-lagu hit dan persembahan memukau.
Selain Kharisma Music, konsert ini turut mendapat kerjasama daripada jenama kosmetik terkenal Alha Alfa. Juga Intan Gelombang dan Futurace selaku penganjur bersama.
Lagi Mengenai Konsert Afgan & Lyodra
Butiran lanjut masih belum didedahkan setakat ini namun akan diumumkan dalam satu sidang media khas pada bulan Ogos nanti. Ini termasuk perihal senarai lagu, artis jemputan dan beberapa kejutan lain.
Jualan tiket konsert sudah pun dibuka pada 10 Julai lalu di laman web Ticket2u. Tiket dijual mengikut kategori iaitu Pesan Terakhir (RM358), Escape (RM438), Sang Dewi (RM558), Panah Asmara (RM588), Ada VIP (RM688) dan Ada VVIP (RM1,488).

Semua tiket konsert mempunyai tempat duduk bernombor dan pembeli boleh memilih kategori yang dikehendaki. Pembeli terawal akan mendapat tempat duduk terbaik mengikut kategori.
Menariknya, pembeli tiket kategori Ada VVIP berpeluang untuk menyertai sesi eksklusif ‘meet & greet’. Malah mereka juga akan menerima barangan rasmi konsert serta mendapat sajian makanan dan minuman ringan.
Pautan berkaitan: SHEILA MAJID & DISKORIA BERKONGSI PENTAS KONSERT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI PENYANYI DARI INDONESIA, ADRIAN KHALIF. KINI POPULAR DENGAN LAGU ‘ALAMAK’.
Nampaknya, bukan sahaja “Alamak” merupakan lagu sekadar viral, namun dirasakan bakal menjadi lagu Indonesia pilihan nombor satu tahun 2025. Kenali Adrian Khalif, penyanyi lagu "Alamak".
5 LAGU ERA BAHARU AFGAN YANG ‘BEST’ DIDENGAR
Sejak kemunculannya lebih sedekad lalu, nama Afgan terus relevan, malah semakin matang dari segi muzik dan gaya persembahan. Dengarkan 5 lagu dari era baharu Afgan yang sedap didengar.
TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST
Temui top playlist Afgan, dari balada romantis hingga R&B yang penuh jiwa, meraikan karier muziknya yang ikonik!
AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!
Biar sudah lebih 15 tahun bermuzik, belum ada tanda-tanda yang Afgan mahu memperlahankan langkahnya. Malah semakin jauh dia menjual muziknya.Di Malaysia saja, boleh kata saban tahun dia ke sini melangsungkan konsert, belum ada tanda peminat berasa jemu. GLAM Lelaki bertemu Afgan secara eksklusif.
AFGAN TUTUP TIRAI 2024 DENGAN KONSERT SOLO TERBESAR DI PULAU PINANG
Baru saja menghiburkan peminat di Kuala Lumpur, Afgan bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert solo pertamanya di Pulau Pinang.
5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024
GLAM Lelaki akan menyusun lima sorotan terbaik KLFW 2024 sepanjang tujuh hari berlansung dengan fesyen yang penuh kemegahan.











