SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih, Shawn Mendes dan Camila Cabello mencetuskan spekulasi percintaan sekali lagi.
Baru-baru ini kedua penyanyi itu dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai 2024 di Miami, Florida. Kehadiran ‘Shawnmila’ mengundang khabar angin bahawa mereka mungkin telah kembali bersama selepas peminat merakam kelibat mereka duduk bersebelahan semasa di Stadium Hard Rock.
Bagaimanapun peminat mungkin terpaksa berpatah hati mendengar kebenaran ini. Menurut sumber terdekat, kehadiran mereka bersama di situ adalah secara kebetulan. “Camila hadir bersama bapanya, bukan Shawn,” jelas sumber. Bagaimanapun kedua-dua pihak enggan mengulas lanjut tentang gosip yang sedang bertebaran ini.

Foto: Page Six
Sejarah Percintaan Shawn Mendes dan Camila Cabello
Pelantun lagu Senorita itu mula menjalin hubungan percintaan pada 2019 sebelum membuat keputusan berpisah dua tahun kemudian.
Mereka kembali bercinta buat beberapa ketika pada 2023 selepas dirakam bersama di Coachella. Menerusi rakaman yang tersebar, Shawn dan Camila dilihat berpelukan dan berkucupan sambil diperhatikan pengunjung festival. Pada lewat malam, mereka berbual bersama dan menikmati minuman bersama rakan-rakan.

Foto: Page Six
Bagaimanapun perhubungan itu tidak berpanjangan dan mereka membawa haluan masing-masing pada Jun 2023. Tidak lama kemudian media melaporkan bahawa Camila telah pun menjalin cinta dengan jejaka lain. Shawn pula masih terkesan dengan perpisahan itu dan menanganinya seorang diri.
“Shawn masih dalam proses berkembang dan mencari identiti. Dia perlu masa untuk diri sendiri dan melakukan perkara yang menggembirakan hatinya,” kata sumber terdekat.
Foto: E! News
Pautan berkaitan: SHAWN MENDES AKUI MENDERITA DITUDUH GAY SEJAK REMAJA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.











