Skip to content

5 PENYANYI LELAKI YANG PERNAH MENJADI PEMBAWA OBOR OLIMPIK SELAIN JIN BTS

5 PENYANYI LELAKI YANG PERNAH MENJADI PEMBAWA OBOR OLIMPIK SELAIN JIN BTS

Kongsikan artikel ini

Ahli kumpulan BTS, Jin mencipta sejarah apabila dipilih sebagai pembawa obor dalam acara larian sempena pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Nyalaan obor temasya ini telah pun dimulakan di Greece pada bulan lalu. Ia akan mengelilingi lebih 400 lokasi di Perancis sejauh 12,000 kilometer termasuk Paris sebelum tiba di tapak pembukaan Olimpik di Jardins du Trocadero pada 26 Julai.

Temasya ini akan berlangsung selama dua minggu dari 27 Julai hingga 11 Ogos 2024. Seramai 15,000 atlet daripada 206 negara bertanding dalam 329 acara daripada 32 jenis olahraga.

Foto: Getty Images

Menjadi penyanyi pertama mewakili negaranya Korea Selatan, Jin mengetuai acara larian berganti-ganti di Paris, bermula dari Jalan Rivoli ke Carrousel Square di Muzium Louvre. Bintang berusia 32 tahun itu menyempurnakan acara tersebut bersama ribuan pelari yang terdiri daripada atlet, angkasawan, mangsa peperangan dan individu penting lain.

Sepanjang larian, penyanyi itu dilihat tersenyum lebar sambil melambaikan tangan ke arah peminatnya sebagai tanda penghargaan. Jin berlari hampir 200 meter sebelum menamatkan larian dengan menyerahkan obor di pusat larian obor di muzium.

Walaupun menjadi selebriti pertama mewakili Korea Selatan, dia bukanlah penyanyi pertama yang diberi peluang keemasan itu. Ramai bintang Hollywood mendapat penghormatan sedemikian sejak berdekad lalu.

Ini pemuzik terkenal yang pernah menyertai larian dan menjadi pembawa obor temasya itu

 

Howie Dorough

Foto: Getty Images

Anggota kumpulan Backstreet Boys ini menjadi wakil larian Olimpik Musim Sejuk Salt Lake 2002 pada 7 Disember 2001 di Winter Park, Florida.

 

Lance Bass

Foto: Getty Images

Seperti Howie-D, ahli kumpulan NSYNC ini menyertai larian sama namun pada tarikh dan lokasi berbeza. Lance menjadi pembawa obor pada 15 Januari 2002 di Newport Beach, California.

 

Sean ‘Diddy’ Combs

Foto: Getty Images

Penyanyi rap ini menyertai larian hari ke-15 Olimpik Athens 2004 pada 19 Jun 2004 di New York City.

 

Will.i.am

Foto: Getty Images

Lapan tahun kemudian, Will.i.am pula diberi penghormatan membawa obor di Olimpik London 2012 pada 21 Mei 2012 di Taunton, England.

 

John Legend

Foto: Getty Images

Penyanyi berstatus EGOT ini juga menjadi pembawa obor Olimpik London 2012 pada 13 Jun 2012 di Edinburgh, Scotland.

 

Foto: Getty Images/X

Pautan berkaitan: DI SEBALIK AKSI MENGAIT TOM DALEY DI OLIMPIK, TERSELIT SATU KISAH DUKA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizman Ruzaini

THE MALAYA OLEH RIZMAN RUZAINI BAKAL DIGAYAKAN KONTINJEN MALAYSIA DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK TANGISAN KEGEMBIRAAN RAJA PECUT NEGARA, DATUK AZIZULHASNI AWANG

DI SEBALIK TANGISAN KEGEMBIRAAN RAJA PECUT NEGARA, DATUK AZIZULHASNI AWANG

Bacaan Lanjut

ALAMI SENSASI TOKYO 2020 TERUS DARI RUMAH

Bacaan Lanjut

KATIL ‘ANTI-SEKS’ CETUS KONTROVERSI DI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! AZIZULHASNI AWANG DIKURNIA GELARAN DATUK

AZIZULHASNI AWANG DIKURNIA GELARAN DATUK

Bacaan Lanjut