Skip to content

Tips penggayaan

TIPS PENGGAYAAN MEMADANKAN WARNA DAN CORAK UNTUK PARA JEJAKA

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki menyenaraikan tips penggayaan serta panduan asas untuk mencerminkan personaliti melalui padanan warna dan corak pakaian lelaki.

Memadankan warna dan corak dalam pakaian bukanlah tugas yang mudah. Namun dengan beberapa panduan asas dan tip penggayaan ini dapat membantu anda tampil dengan lebih bergaya dan yakin. Penampilan yang kemas dan bergaya bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri. Malahan juga mencerminkan personaliti dan cita rasa seseorang.

Antara pereka fesyen Malaysia yang menyerapkan elemen corak baju bagi pakaian lelaki yang menarik dalam rekaan desain mereka termasuk nama-nama terkenal seperti  Khoon Hooi dan Behati.

TIPS PENGGAYAAN MEMADANKAN WARNA DAN CORAK UNTUK PARA JEJAKA

Berikut adalah tips ringkas dan praktikal untuk membantu anda memadankan warna dan corak dengan betul.

1. FAHAMI WARNA ASAS

 

View this post on Instagram

 

A post shared by High Fashion Men (@highfashionmen)

Memahami warna asas seperti hitam, putih, kelabu, dan navy adalah penting. Warna-warna ini mudah dipadankan dengan hampir semua warna lain. Sebagai contoh, kemeja putih adalah pilihan yang versatil dan boleh dipakai dengan seluar hitam untuk penampilan formal atau bersama padanan jeans untuk gaya kasual. Bagi GLAM Lelaki, warna asas ini juga membantu anda mencipta pelbagai kombinasi pakaian.

2. GUNAKAN RODA WARNA

Fesyen lelaki

Foto: Pixabay

Roda warna adalah alat yang hebat untuk memahami padanan warna. Warna yang bersebelahan analog memberikan kombinasi yang harmoni. Manakala, warna yang bertentangan komplemen memberikan kontras yang menarik.

Misalnya, jika anda memilih baju biru, cuba padankan dengan seluar hijau untuk penampilan yang lembut atau seluar berwarna khaki untuk mendapat kontras yang mencuri perhatian. Lantas, menggunakan roda warna membantu anda membuat pilihan yang lebih berani dan bergaya.

3. KEKALKAN KESEIMBANGAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wisdom Kaye (@wisdm)

Apabila memadankan corak, pastikan anda kekalkan keseimbangan. Jika anda memakai baju dengan corak yang menonjol, padankan dengan seluar yang berwarna solid. Elakkan memakai dua corak yang bertentangan secara serentak.

4. CORAK BERGARIS DAN CORAK BERKOTAK

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wisdom Kaye (@wisdm)

Corak bergaris dan berkotak adalah pilihan klasik yang mudah dipadankan. Untuk penampilan yang lebih menarik, cuba padankan garis vertikal dengan seluar atau jaket berwarna neutral. Corak bergaris vertikal juga membantu memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dan kurus. Manakala corak berkotak  mampu memberikan sentuhan kasual tetapi tetap bergaya, terutamanya jika dipadankan dengan warna solid.

5. AKSESORI

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wisdom Kaye (@wisdm)

Gabungkan aksesori seperti tali pinggang, jam tangan, dan kasut. Aksesori ini boleh menambahkan sentuhan gaya dan melengkapkan penampilan anda. Pastikan warna aksesori selaras dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali pinggang dan kasut kulit coklat sangat sesuai dipadankan dengan seluar dan jaket navy. Jam tangan yang elegan juga boleh menjadi pernyataan gaya yang kuat tanpa terlalu menonjol.

Akhir sekali, jangan takut untuk bereksperimen. Fesyen adalah tentang ekspresi diri, jadi cuba pelbagaikan padanan sehingga anda menemukan gaya yang sesuai dan membuat anda berasa yakin. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau di luar zon selesa anda. Keyakinan diri adalah kunci utama untuk menarik perhatian dan tampil hebat dalam apa jua situasi.

Dengan memahami dan mengikuti panduan ini, jejaka boleh tampil lebih bergaya dan menarik. Ingat, kunci utama dalam memadankan warna dan corak adalah keseimbangan dan keyakinan diri. Selamat mencuba dan tampil menawan setiap hari!

 

Artikel berkaitan: KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
singlet

5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!

Bacaan Lanjut