OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan “OOTD” yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.
Menampilkan gaya yang menawan setiap hari tidaklah sesukar yang disangka. Dengan beberapa item fesyen yang serba boleh dan klasik, setiap lelaki boleh memastikan penampilan mereka sentiasa segar dan bergaya. Artikel ini akan mengupas tujuh item fesyen utama yang perlu anda miliki untuk penampilan yang sentiasa segar dan bergaya.
Dari kemeja putih klasik hingga jam tangan yang elegan, pastikan anda tidak terlepas panduan lengkap ini untuk melengkapkan koleksi fesyen anda. Ini dapat dijadikan contoh daripada seoarang pencipta kandungan fesyen dan gaya hidup lelaki iaitu Tim Dessaint.
Berikut adalah tujuh item fesyen yang wajib ada dalam almari anda untuk memastikan anda sentiasa tampil kemas dan bergaya:
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
1. SELUAR DENIM JEANS.
Seluar jeans denim adalah item yang wajib ada dalam almari dan OOTD setiap lelaki kerana ia serba boleh dan tahan lama. Ia sesuai dipakai dalam pelbagai situasi, dari acara santai hingga semi-formal, dan mudah dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian lain seperti kemeja, t-shirt, atau blazer.
Selain itu, seluar jeans denim menawarkan keselesaan dan gaya yang tidak lapuk ditelan zaman, menjadikannya pelaburan yang bijak untuk penampilan harian.
2. T-SHIRT PUTIH
Selain daripada seluar denIm jeans, T-shirt putih juga adalah salah satu must-have dalam stail pemakain. Gayakan secara kasual dengan jeans atau seluar pendek. Atau padankan dengan blazer untuk penampilan yang lebih formal. Kesan bersih dan minimalis menjadikannya pilihan ideal untuk apa jua situasi.
3. KEMEJA CORAK BERGARIS
4. KASUT PUTIH
5. SELUAR HITAM
Seluar hitam memberikan penampilan yang kemas dan profesional, dan ia sesuai untuk pelbagai situasi. Dari pejabat hingga acara sosial. Setiap jenis memberikan gaya dan keselesaan yang berbeza. Menjadikannya pilihan ideal untuk melengkapkan OOTD anda dengan penampilan yang bergaya dan sofistikated.
Jenis seluar hitam yang perlu ada termasuk:
- Seluar jeans hitam, Uniqlo Ultra Stretch Jeans
- Seluar chino hitam, Uniqlo Wide Fit Chino Pants
- Seluar slack hitam, Uniqlo Miracle Air Pants
6. TANK TOP
Tank top adalah satu pakaian asas yang wajib ada dalam almari lelaki kerana ia menawarkan keselesaan dan gaya yang praktikal. Pakaian ini juga mudah dipadankan dengan pakaian lain dan merupakan pilihan yang versatile dan bergaya. Dengan design yang ringan dan potongan yang kasual, tank top dapat dipadankan dengan pelbagai pakaian luaran. Seperti blazer, kemeja, jacket, bomber dan hoodie.
7. TOPI BASEBALL
Topi baseball adalah aksesori wajib dalam pemilihan pakaian lelaki kerana ia menggabungkan gaya kasual dengan fungsi praktikal. Ia tidak hanya melindungi wajah dari sinaran matahari. Tetapi juga menambah elemen sukan dan santai dalam penampilan lelaki. Selain itu, topi baseball adalah pilihan ideal untuk mencipta gaya yang kemas dan bergaya tanpa usaha yang berlebihan.
Menampilkan gaya yang menawan setiap hari lebih mudah daripada yang anda sangka. Dengan memiliki tujuh item fesyen utama seperti kemeja putih klasik dan jam tangan elegan, anda boleh memastikan penampilan sentiasa segar dan bergaya. Ikuti panduan ini untuk melengkapkan koleksi fesyen anda dan tampil menawan dengan penuh keyakinan. Mulakan pada hari ini untuk tampil bergaya dan berkarisma!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.
UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI
September nanti, UNIQLO bakal hadirkan koleksi UNIQLO:C musim luruh 2024 dengan istimewanya baju-baju menarik untuk lelaki.
BRAUN BUFFEL MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT
Braun Buffel dengan bangganya melancarkan koleksi 2024 yang dinantikan, inspirasi oleh artis legenda Jean-Michel Basquiat.
TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU
Skechers memukau di KLFW 2024 dengan koleksi The UNO Fall/Winter 2024 menandakan pencapaian penting dengan paparan fesyen mengagumkan.
“ROCKNRUN” SENTUHAN BARU CHRISTIAN LOUBOUTIN
Christian Louboutin memperkenalkan sneaker terbaru mereka "ROCKNRUN" yang tampil dengan gaya sporty dan dinamik yang memukau.
5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR
Dengan keadaan cuaca yang sentiasa panas dan lembap, UNIQLO Malaysia memperkenalkan Miracle Air, koleksi pakaian workwear yang ringan, selesa, bebas-kedut dan cepat kering untuk mengelevasi gaya profesional anda ke pejabat.