5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON
Nama Lee Jung Jae kembali hangat diperkatakan setelah Netflix mengumumkan tarikh siaran Squid Game musim kedua baru-baru ini.
Siri yang mencetus fenomena ini bakal menemui penonton pada 26 Disember 2024 untuk musim kedua. Musim ketiga dan terakhir pula akan disiarkan pada tahun 2025.
Walaupun populariti Jung Jae meledak di persada antarabangsa menerusi Squid Game, ia bukanlah satu-satunya drama terbaik lakonannya.
Aktor berusia 52 tahun ini membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dalam drama Dinosour Teacher pada 1993. Namanya menjadi terkenal setahun kemudian menerusi siri berjudul Feelings.
Bagaimanapun satu peranan kecil namun penting dalam drama Sandglass pada 1995 memahat namanya di hati peminat. Disebabkan itu pihak produksi membuat keputusan meningkatkan masa tayangan dari semasa ke semasa.
Kini selepas hampir tiga dekad penglibatan dalam industri seni, dia telah menerima pelbagai pengiktirafan di dalam mahupun di luar negara.
GL senaraikan drama terbaik Lee Jung Jae menurut IMDb
5. Triple
Skor: 6.1/10
Siri romantis ini menyaksikan Jung Jae memainkan watak sebagai Shin Hwal, seorang lelaki pertengahan usia 30-an yang bekerja di sebuah agensi pengiklanan bersama dua rakan baiknya.
Kehidupannya menjadi huru-hara apabila adik tirinya yang telah lama terpisah, Lee Ha Ru (lakonan Min Hyo Rin) berpindah masuk ke kediaman bujangnya.
4. Air City
Skor: 6.4/10
Selain Jung Jae, siri yang mengisahkan tentang hal ehwal kerja dan percintaan empat kakitangan lapangan terbang ini turut menampilkan Choi Ji Woo, Lee Jin Wook dan Mun Jung Hee sebagai watak utama.
Jung Jae melakonkan watak Kim Ji Sung, seorang ejen Perkhidmatan Perisikan Negara yang sanggup melanggar peraturan dan mencetuskan kemarahan beberapa pihak demi tugasnya terhadap negara.
3. Chief of Staff
Skor: 7.8/10
Siri yang berkisar tentang dunia politik ini padat dengan drama dan aksi mendebarkan, membuatkan penonton terus ‘melekat’ di kaca televisyen. Ia berkisar tentang barisan ahli politik dan pembantu mereka yang cuba mendaki puncak kerjaya dengan penuh helah.
Jung Jae memberi mutu lakonan hebat sebagai Jang Tae Jun, bekas detektif berhati batu yang kemudian bergelar pembantu ahli politik. Dia menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi keputusan penggubal undang-undang sambil mengejar cita-citanya.
2. Squid Game
Skor: 8/10
Drama yang mencetus fenomena global ini berkisar tentang 456 individu yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka ditawarkan untuk menyertai sebuah pertandingan misteri bernama Squid Game bagi memenangi wang berjumlah RM162 juta.
Malangnya pertandingan yang dianggap semudah permainan kanak-kanak bertukar menjadi ngeri dan membahayakan nyawa. Jung Jae berjaya memukau penonton dengan persembahannya yang bersahaja sebagai salah seorang peserta.
1. Sandglass
Skor: 8.3/10
Merupakan salah sebuah drama yang mencatat penilaian tertinggi dalam sejarah televisyen Korea, ia menceritakan perhubungan tragis antara tiga sahabat yang disebabkan oleh penindasan politik dan awam di Korea Selatan pada tahun 80-an dan 90-an.
Dalam siri yang menggabungkan melodrama, politik dan aksi ini, Jung Jae memegang peranan sebagai Baek Jae Hee iaitu seorang pengawal peribadi yang taat namun pendiam. Dia meraih pujian hebat daripada penonton atas mutu lakonan yang dipersembahkan.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: SELEPAS PARK SEO JOON, LEE JUNG JAE PULA BAKAL SERTAI MARVEL?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRELER RASMI SQUID GAME 2 AKHIRNYA MENEMUI PEMINAT
Siri paling popular di Netflix, Squid Game akan menghiburkan penonton dengan musim kedua Disember ini.
TARIKH SIARAN SQUID GAME MUSIM KEDUA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU
Siri paling popular di Netflix, Squid Game akan kembali menghiburkan penonton dengan musim kedua tidak lama lagi.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024
Dari filem buatan Malaysia berjudul “Abang Adik” kepada siri Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams” yang menakutkan, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Jun 2024.
SQUID GAME MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PENONTON DISEMBER INI
Squid Game musim kedua akan menampilkan beberapa pelakon baru seperti Im Si Wan, Kang Na Heul, Park Sung Hoon dan Yang Dong Geun.
5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN MENURUT IMDB
Lee Byung Hun mencipta nama dalam industri hiburan Korea Selatan dengan bakat lakonan yang menakjubkan.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023
Dari siri “Gadis Kretek” lakonan Dian Sastrowardoyo kepada pertandingan “Squid Game: The Challenge” serta musim finale “The Crown” laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang November 2023.