Skip to content

Tudor Pelagos FXD

SEMANGAT PELAYARAN TUDOR PELAGOS FXD BERSAMA ALINGHI RED BULL RACING

Kongsikan artikel ini

Meraikan kerjasama bersama Alinghi Red Bull Racing, TUDOR mempersembahkan dua model jam tangan Pelagos FXD yang diinspirasikan daripada semangat sukan pelayaran. 

Berkongsi visi dalam mencabar sempadan lautan, TUDOR meneruskan semangat Born To Dare bersama pasukan perlumbaan pelayaran, Alinghi Red Bull Racing. Jalinan kerjasama unggul kali ini mempersembahkan dua model jam tangan Pelagos FXD yang hadir dalam pilihan model kronograf dan jam tangan masa-sahaja.

Tudor

Kerjasama antara TUDOR dan pasukan Alinghi Red Bull Racing bermula sejak 2022 lagi. Untuk edisi tahun ini, America’s Cup ke-37 yang merupakan acara perlumbaan kapal layar paling berprestij dalam dunia sukan akan diadakan di Barcelona, Sepanyol. Lebih istimewa, kerjasama jangka panjang ini juga merupakan terjunan pertama TUDOR dalam sukan pelayaran antarabangsa. 

Jam tangan TUDOR Pelagos FXD dan Pelagos FXD Chrono “Alinghi Red Bull Racing Edition” ini menonjolkan semangat jenama yang berani dan penuh inovasi. Ia dihasilkan daripada komposit karbon, titanium dan keluli tahan karat. Ia juga disempurnakan dengan Manufacture Calibres terkini. Kedua-dua rekaan ini berkongsi visi untuk mencabar sempadan tradisi dengan penggunaan teknologi terkini untuk bertanding dalam kejohanan pelayaran paling mencabar di dunia.

Alinghi Red Bull Racing

Alinghi Red Bull Racing AC75

Model jam tangan Pelagos FXD “Alinghi Red Bull Racing Edition” datang dengan beberapa sejarah pertama buat TUDOR. Ia bukanlah hanya sekadar seutas penanda waktu. Inovasi, kecemerlangan, dan visi yang berani menjadi pegangan utama. Dan lahirlah reka bentuk jam tangan dengan menggunakan falsafah dan material komposit karbon yang sama pada kapal pelayaran AC75 (America’s Cup 75). Tidak ketinggalan, buat julung kalinya TUDOR mengintegrasikan kronograf Calibre kepada bekas strap-bar yang tetap. 

Alighi Red Bull Racing AC75 mewakili kepakaran kejuruteraan terbaik dalam maritim. Seni teknikal pembuatan jam tangan juga boleh dilihat pada model Pelagos FXD, yang menggabungkan komposit karbon berteknologi tinggi pada bekas dan bezel insert jam. Ia menggunakan material yang sangat ringan dan tegap, bersama titanium pada bezel, crown dan butang direct-action. Juga, keluli tahan karat 316L pada bekas belakang dan kerangka gerakan jam.

Alinghi Red Bull Racing team

Dengan menampilkan desain bekas FXD yang kalis air pada kedalaman 200 meter, jam tangan TUDOR ini dikarakterkan dengan bar tali jam yang tetap. Awalnya, ia dihasilkan bersama penyelam tentera laut Perancis. Kedua-dua model ini hadir dengan putaran bezel dwi-arah 120-takuk yang menggunakan Swiss Super-LumiNova® Grade X1. Ia merupakan material berkilau yang berkuasa sehingga 60% selepas dua jam jika dibandingkan dengan gred standard. Bezel ini digradasikan dari 60 hingga 0 untuk memudahkan kiraan waktu, selaku momen penting pada permulaan sebuah regatta. Seni kepakaran arloji sukan ini disempurnakan dengan ukiran logo Alinghi Red Bull Racing pada bahagian belakang jam untuk mengukuhkan lagi kolaborasi ini. 

Dial Layar Perlumbaan Tudor

Tudor Pelagos

Menampilkan warna yang sama seperti layar AC75, dial jam yang matte ini menjadi tarikan utama. Kedua-dua dial ini disempurnakan dengan Alinghi Red Bull Racing Team Blue bersama sentuhan merah pada jarum saat. Manakala, model kronograf menampilkan asen merah yang mengelilingi kaunter yang terus membiaskan estetika AC75. Rehaut yang bersudut 45 darjah, antara 10 dan 2 menonjolkan sentuhan “Alighi Red Bull Racing” pada dail jam. Penanda jam petak signature serta jarum “Snowflake” yang mula dihasilkan sejak tahun 60-an oleh TUDOR turut disatukan untuk memberikan ruang lebih besar dan jelas untuk penglihatan. 

Manufacture Calibre MT5602

Pelagos FXD dikuasakan oleh Manufacture Calibre MT5602 yang mempersembahkan fungsi waktu pada jam, minit dan saat. Koleksi ini menawarkan reka bentuk dan rasa yang ada pada TUDOR Manufacture Calibres. Ia dihasilkan dengan ketegapan dan ketepatan masa melalui Manufacture Calibre MT5602. Ia diiktiraf oleh Swiss Official Chronometer Testing Institute (COSC) dan mampu berfungsi melebihi ketetapan standard.

Tudor Pelagos FXD

Salah satu lagi fungsi yang unggul pada jam tangan ini adalah simpanan kuasa Manufacture Calibre MT5602 yang “weekend-proof”. Ini bermakna pemilik boleh menanggalkan jam tangan pada petang Jumaat dan memakaikan semula pada pagi Isnin tanpa perlu menetapkan masa semula. Walaupun anda mahu berehat pada hujung minggu, jam tangan ini akan terus berfungsi. 

Manufacture Chronograph Calibre MT5813

Jam tangan TUDOR Pelagos FXD Chrono dikuasakan oleh Manufacture Chronograph Calibre MT5813. Ia memberikan fungsi pada bacaan jam, minit, saat, kronograf serta fungsi tarikh. Turut menampilkan sentuhan matte pada reka bentuk tipikal TUDOR Manufacture Calibres dan hadir bersama rotor monobloc openwork tungsten signature.

Tudor Malaysia

Ia disemarakkan dengan simpanan kuasa “weekend-proof” selama 70-jam dan spring imbang silicon. Manufacture Chronograph Calibre MT5813 ini diiktiraf oleh COSC, dengan fungsi yang melangkaui standard yang ditetapkan oleh institut persendirian tersebut dengan variasi -2 dan +4 saat setiap hari. Gerakan yang berkuasa tinggi, ia dihasilkan dengan penuh warisan tradisi pembuatan jam tangan Swiss, dalam meneruskan falsafah kualiti TUDOR yang teragung.  

Setiap jam tangan TUDOR dipasang dan diuji sepenuhnya mengikuti standard tertinggi di TUDOR Manufacture yang berlokasi di Le Locle, Switzerland. Koleksi TUDOR Pelagos FXD ini juga meneruskan kempen Born To Dare yang menjadi signature jenama sejak 2017.

Selami koleksi jam tangan Pelagos FXD “Alinghi Red Bull Racing Edition” di butik TUDOR oleh The Hour Glass. Atau secara atas talian di sini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Baca lebih lanjut: KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI