5 KEBAIKAN DETOKS UNTUK LELAKI
Lelaki masa kini sudah mulai sedar tentang penjagaan kesihatan dan salah satu cara adalah dengan proses detoks. Proses detoks adalah proses menyingkir toksin dari dalam tubuh melalui air kencing, pernafasan, tinja, dan peluh dengan menggunakan empat organ utama iaitu, hati, ginjal, saluran pencernaan, dan kulit. Namun sejauh mana keberkesanan proses detoks dapat memberikan kebaikkan buat kaum lelaki khususnya. GL senaraikan 5 kebaikkan proses detoks.

1. Sukar diserang penyakit
Sedar atau tidak sedar, kita sering terdedah kepada unsur toksin di sekeliling kita seperti pencemaran udara, asap kenderaan, kimia berbahaya, sisa toksik. bahan pengawet dan banyak lagi. Punca toksik ini akan memberi kesan buruk jangka masa panjang kepada sistem imunisasi badan khususnya dan akhirnya kita akan mudah diserang penyakit berbahaya. Sekiranya tidak dinyahkam, ia akan bersarang di dalam tisu dan sel di seluruh tubub termasuk otak dan darah kita.

2. Menurunkan berat badan

3. Melambatkan proses penuaan
Siapa menyangka, proses detoks sebenarnya mampu untuk melambatkan proses penuaan menjadikan anda awet muda. Ini kerana proses detoks membantu melindungi tubuh dari serangan radikal-radikal bebas. Dengan proses detoks, ia akan membantu untuk meningkatkan penyerapan nutrisi secara optimum termasuklah antioksida dan vitamin yang melindungu sel tubuh dari serangan radikal bebas. Automatiknya, jika sel kita ini sentiasadipelihara, maka proses penuaan akan perlahan dan keremajaan kita terpelihara.

4. Memperkasa tenaga tubuh
Dengan melakukan detoks, kita akan lebih bertenaga bukan sahaja dari aspek fizikal malahan mental dan emosi juga akan stabil dan terpelihara. Apabila fizikal, mental dan emosi anda terjaga, sudah pasti anda akan lebih cergas dengan tidur yang berkualiti, bertenaga dengan bantuan proses detoks serta amalan gaya hidup yang sihat, yakni sentiasa bersenam dan menjaga permakanan. Kita akan dapat memberikan yang terbaik dalam kehidupan seharian khususnya dalam proses membuat keputusan, menganalisa sesuatu dan berfikir secara kreatif.

5. Kulit yang sihat
Diet seharian yang tidak dirancang ditambah pula dengan pencemaran udara dan persekitaran yang penuh dengan redikal perosak mampu menjejaskan kulit tubuh. Berdetoks dapat mempertingkat kesihatan kulit sekaligus melindungi dari jerawat serta memperkuatkan akar rambut. Malah, jika anda perhatikan nanti, kuku juga akan lebih bersinar dan sihat.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











