JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU
Nampaknya tuah menyebelahi anggota tertua kumpulan BTS, Jin.
Baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan pada Jun lalu, dia kini diangkat sebagai wajah global baharu jenama Itali, Gucci.
Khabar gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di akaun Instagram Gucci beberapa hari lalu. Perkongsian itu memaparkan beberapa fotonya menggayakan koleksi pakaian lelaki Musim Panas/Bunga 2025.
“Dengan perasaan teruja, saya mengalu-alukan Jin sebagai duta jenama global. Keperibadiannya yang mesra bagaikan magnet, dan gayanya pula sangat unik.
“Dia seorang artis pemurah dan luar biasa yang mampu mempengaruhi orang ramai dengan muziknya. Ini membuatkan kami lebih berbesar hati untuk berkongsi perjalanan ini bersamanya,” kata pengarah kreatif Gucci, Sabato De Sarno dalam satu kenyataan.
Jin BTS Luah Rasa Teruja
Sebagai duta global, penyanyi berusia 32 tahun itu akan mewakili Gucci merentasi pelbagai inisiatif dan acara. Rumah fesyen mewah ini juga menjangkakan kerjasama yang akan memikat dan memberi inspirasi kepada peminat pada masa hadapan.
“Gucci adalah jenama ikonik dengan warisan dan kemodenan yang telah lama wujud. Menjadi sebahagian daripada rumah fesyen itu adalah satu pengalaman amat bermakna dan mengujakan,” kata Jin dalam satu kenyataan.
Dengan pelantikan ini, dia menyertai barisan duta Korea terkenal lain seperti Hanni NewJeans, Lee Jung Jae, Park Gyu Young dan Jay Park.
Walaupun Jin anggota BTS pertama menjalin kerjasama dengan Gucci, dia bukanlah yang pertama berkolaborasi dengan jenama mewah. Pada 2023, Jungkook diangkat sebagai duta global Calvin Klein. Suga juga diumumkan sebagai salah seorang duta Di.VAs Valentino pada tahun sama.
Dua tahun sebelum itu, kesemua ahli kumpulan BTS menandatangani kontrak dengan rumah fesyen mewah Perancis, Louis Vuitton.
Foto: Gucci
Pautan berkaitan: STRAY KIDS KINI DUTA ASIA TOMMY HILFIGER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH
Duta satu jenama merupakan muka kepada jenama itu sendiri dan seseorang boleh menentukan aura sesuatu jenama itu. Impak lelaki Asia dalam dunia fesyen sangatlah besar. Dari K-Pop ke drama Thai, jejaka-jejak ini menjadi pujaan ramai wanita. Telah menjadi satu strategi dan trend bagi jenama-jenama mewah di dunia ini untuk memilih lelaki Asia sebagai duta mereka…
TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, MUZIK JIN BTS KEMBALI MENDUDUKI CARTA
Lagu Jin yang dilancarkan pada 2021 kembali menduduki carta iTunes Amerika Syarikat menjelang tarikh tamat khidmat ketenteraannya.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023
Dari filem “Malbatt: Misi Bakara” kepada siri “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo-joon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Disember 2023.
CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK
Calvin Klein meraikan koleksi jeans musim luruh 2023 dengan malam fesyen dan muzik yang menampilkan bintang sensasi Korea Selatan, Jung Kook.
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY
Ahli kumpulan BTS, Jungkook kini memegang gelaran ‘Raja Spotify’ setelah memperoleh 35.5 juta pendengar bulanan hanya menerusi Seven.