Skip to content

KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

Kongsikan artikel ini

Calvin Klein Memperkenalkan Kempen Baharu Dengan Penampilan Mingyu SEVENTEEN dalam Koleksi Denim Luruh 2024. 

Calvin Klein memperkenalkan kempen terbaru mereka dengan penampilan sulung duta mereka, Mingyu dari SEVENTEEN. Jenama fesyen ini mempamerkan koleksi Luruh 2024 yang diarahkan oleh AJ Juan dan jurugambar Park Jong-ha. Kempen ini menonjolkan gaya unik bintang terkenal dari Korea Selatan itu. 

Personaliti Mingyu yang sememangnya terang dipadankan dengan latar belakang berona biru lembut dan jingga bersama gradien dan bayangan terang. Bahasa tubuh Mingyu yang kelihatan ceria menambah tenaga yang diberikan oleh foto-foto itu. 

Mingyu Menggayakan Koleksi Terbaru Calvin Klein

Mingyu menggayakan seluar jeans terbaru jenama ini, Standard Straight Jean dengan Modern Cotton Trunk, Relaxed Denim Jacket, dan Archive Logo Zip Fleece Hoodie. Penggayaan ini memberikan gaya yang lebih santai. Seterusnya, Dark 90s Loose Jeans digayakan dengan Slim Denim Shirt berona separa biru dilapisi oleh Oversized Denim Shirt Jacket yang ringan, mencipta satu statement yang santai dan oversized. 

Calvin Klein

90s Straight Jeans boleh digayakan dengan Archive Logo Relaxed Crewneck T-Shirt dan dilapisi dengan Monogram Logo Tee dan Twill Nylon Bomber Jacket. 90s Straight Jeans adalah asas denim yang sempurna, menampilkan potongan lurus yang ideal yang terletak di pinggang. Jeans ini memberi gaya yang lebih kasual dan tersedia dalam beberapa rona seperti biru klasik, tinted stone wash dan faded light wash.  

Archive Logo Relaxed Crewneck T-Shirt ialah keperluan asas almari dengan logo arkib yang disulam untuk reka bentuk yang ringkas. T-Shirt ini diperbuat daripada kapas lembut dengan potongan santai untuk keselesaan yang mudah dan bernafas. Monogram Logo Tee pula mengetengahkan tanda tangan ikonik Calvin Klein pada t-shirt klasik.

Calvin Klein

Calvin Klein

Kempen ini telah dilancarkan pada 16 Ogos 2024, dan koleksi denim Luruh 2024 ini boleh didapati di laman web calvinklein.com. 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut