Skip to content

che eun-woo

KOLEKSI SKECHERS DAN SPYXFAMILY PILIHAN CHA EUN-WOO

Kongsikan artikel ini

Skechers melancarkan kolaborasi eksklusif bersama anime SPYxFAMILY yang menampilkan seleksi kasut, pakaian dan aksesori yang menjadi pilihan bintang Korea Selatan, Cha Eun-woo.

Waku waku! Berita baik buat peminat anime di Malaysia. Jenama gaya hidup global, Skechers melancarkan koleksi kolaborasi eksklusif bersama kartun anime popular, SPYxFAMILY. Buat pertama kali, Skechers mahu peminat untuk menyerlahkan sisi penyiasat dan bersedia untuk menakluki misi dengan penuh gaya seperti bintang Korea Selatan juga duta jenama, Cha Eun-woo.

Skechers Cha eun woo

Kolaborasi eksklusif ini menampilkan penyiasat dari Westalis, Loid Forger (aka Twilight) dan telepati yang menawan hati, Anya Forger (aka Test Subject “007”). Juga pembunuh dari kumpulan Garden, Yor Forger (aka Thorn Princess) dan juga Pyrenean Mountain Dog yang boleh meramal masa hadapan, Bond Forger (aka Subject 8). Koleksi kali ini menyuntik ciri-ciri utama dan elemen SPYxFAMILY yang versatil pada seleksi kasut, pakaian dan aksesori.

Berikut adalah koleksi kolaborasi eksklusif SPYxFAMILY | Skechers yang menjadi pilihan pelakon K-drama popular, Cha Eun-woo:

  1. Skechers Street Koopa Court

Loid Forger (aka Twilight) menampilkan kombinasi warna putih, hijau, kuning dan hitam. Ia membiaskan personaliti milik Loid Forger yang profesional, pintar dan penuh semangat untuk menamatkan misi. Serta membawa keamanan kepada dunia.

  1. Skechers Foamies Surge

Hadir dalam beberapa pilihan warna yang menampilkan sentuhan rekaan daripada SPYxFAMILY. Lengkapkan gaya dengan sentuhan yang menyeronokkan melalui Cali Bits yang unik. Selian itu terdapat pin-pin karakter yang menonjolkan logo ikonik anime.

  1. Unisex Short Sleeve Tee

  1. Unisex Hoodie

  1. Unisex Pullover

  1. Men’s Shorts

  1. Unisex Baseball Cap

  1. Unisex Waist Bag

  1. Unisex Backpack

 

cha eun woo

Koleksi SPYxFAMILY | Skechers ini tersedia untuk lelaki dan wanita. Ia menampilakan pilihan warna yang mencuri perhatian dan pilihan rekaan yang membenarkan peminat untuk bergaya berdasarkan siri anime ini. Himpunan istimewa yang turut digayakan oleh Qiu Feng Ze boleh didapati di sini.

 

Baca lebih lanjut: KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut
fashion week menswear

60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]

Bacaan Lanjut
cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut
CHA EUN-WOO DILANTIK SEBAGAI DUTA SKECHERS

CHA EUN-WOO DILANTIK SEBAGAI DUTA SKECHERS! INI 3 KASUT PILIHAN POP IDOL KOREA ITU

Bacaan Lanjut