Skip to content

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Kongsikan artikel ini

Tanggal 20 Ogos 2024 menandakan ulang tahun perkahwinan kedua buat Ben Affleck dan Jennifer Lopez.

Pada tarikh sama, JLo menfailkan perceraian. Keputusan itu dibuat selepas rumah tangga pasangan itu retak dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Menurut satu sumber terdekat, Jennifer sudah tidak sanggup lagi menunggu bilakah perkahwinan mereka akan kembali pulih. Justeru dia memilih untuk bercerai dan meneruskan kehidupan dengan dua anaknya, Emme dan Max.

punca perceraian ben affleck dan jennifer lopez

“Jennifer telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakan hubungan mereka. Dia sangat kecewa dan sedih, namun Ben tidak menunjukan sebarang tanda untuk meneruskan perkahwinan ini,” jelas satu sumber terdekat kepada majalah People.

Dugaan Perkahwinan Ben Affleck Dan Jennifer Lopez

Bennifer menyemarakkan semula percintaan mereka pada 2021 selepas membuat keputusan berpisah pada 2004. Mereka mendaftar perkahwinan pada Julai 2022 dan disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tradisional di Georgia pada 20 Ogos.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, keretakan rumah tangga mereka dihidu peminat kerana tidak lagi dilihat bersama di tempat awam selama lebih sebulan.

Satu sumber mengesahkan kepada People bahawa perkahwinan Ben dan Jennifer sememangnya bermasalah dan mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menyambut ulang tahun kelahirannya bulan lalu tanpa Ben di sisi.

J-Lo

Foto: Instagram

Satu sumber memberitahu akhbar The Sun tentang satu lagi punca perceraian mereka. “Jennifer dan Ben sudah berakhir. Mereka tidak serasi. Tiada perubahan walaupun selepas 20 tahun. Ben dan alkohol tidak dapat dipisahkan, Jennifer pula hidup sebaliknya. Langsung tidak minum arak atau merokok.”

Bagaimanapun ada juga spekulasi yang mengatakan bahawa perceraian mereka disebabkan oleh privasi dan kemasyhuran. Jennifer gilakan perhatian umum dan media manakala Ben pula sebaliknya.

Perceraian ini menandakan berakhirnya perkahwinan keempat Jennifer, manakala yang kedua buat Ben.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN

KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN

Bacaan Lanjut
PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN

PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN

Bacaan Lanjut
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

Bacaan Lanjut
BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

Bacaan Lanjut
10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG JENNIFER LOPEZ ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG JENNIFER LOPEZ ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut