7 JELITAWAN YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI BEN AFFLECK
Berita perceraian Ben Affleck dan Jennifer Lopez bukan saja menggemparkan Hollywood tetapi juga industri hiburan di seluruh dunia.
Pasangan itu amat terkenal dengan kisah percintaan epik bagaikan cerita dongeng. Mereka bertemu buat kali pertama di set penggambaran Gigli pada 2022. Ketika itu Jennifer memegang status isteri kepada jurutari Cris Judd.
Pada Julai 2022, dia menfailkan perceraian dan mereka mula menjalin hubungan romantis. Percintaan mereka berlanjutan selama dua tahun dan hampir mendirikan rumah tangga. Malangnya hasrat itu tidak kesampaian.
Selepas memutuskan pertunangan pada 2004, cinta Bennifer kembali bertaut hampir dua dekad kemudian pada 2021. Mereka mendaftar perkahwinan pada Julai 2022 dan disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tradisional di Georgia pada 20 Ogos.
Bagaimanapun pada ulang tahun perkahwinan kedua mereka, Jennifer menfailkan perceraian. Menurut satu sumber terdekat, penyanyi itu sudah tidak sanggup lagi menunggu bilakah perkahwinan mereka akan kembali pulih. Justeru dia memilih untuk bercerai dan meneruskan kehidupannya.
GL senaraikan enam lagi wanita yang pernah bergelar kekasih, tunang dan isteri Ben Affleck
1. Cheyenne Rothman
Sebelum popularitinya melonjak, Ben Affleck bertemu Cheyenne sewaktu remaja pada awal tahun 90-an. Mereka berkenalan sewaktu menghadiri kem musim panas dan menjalin percintaan selema beberapa tahun.
Malah Cheyenne pernah menemani Ben ke tayangan perdana filem Chasing Amy pada awal tahun 1997. Malangnya menjelang musim panas tahun sama, perhubungan mereka secara rasminya berakhir.
2. Gwyneth Paltrow
Pada 1997, Ben diperkenalkan kepada Gwyneth di sebuah majlis makan malan anjuran mogul studio Harvey Weinstein. Mereka membintangi Shakespeare in Love pada 1998 dan jatuh cinta di set penggambaran.
Hubungan mereka berakhir pada peghujung 1998 namun itu bukan pengakhirannya. Selepas beberapa bulan, Ben dan Gwyneth kembali menjalin hubungan selepas membintangi filem Bounce. Walapun Ben menegaskan dirinya single, mereka dirakam berkucupan di Paris pada Oktober 1999. Mereka meneruskan percintaan sehinggalah mengumumkan perpisahan pada Oktober 2000.
3. Jennifer Garner
Ben bertemu Jennifer sewaktu penggambaran filem Pearl Harbor pada 2000. Namun perhubungan mereka hanya profesional memandangkan ketika itu Jennifer masih bergelar isteri kepada Scott Foley. Cinta mereka berputik pada 2003 ketika sama-sama membintangi Daredevil.
Pasangan itu mendedahkan hubungan kepada umum pada Oktober 2004 dan mendirikan rumah tangga pada Jun 2005. Malangnya perkahwinan mereka berakhir genap sedekad kemudian.
4. Lindsay Shookus
Pada Jun 2017, Ben dirakam bermesra dengan Lindsay yang merupakan penerbit Saturday Night Live di tempat awam. Menurut laporan, mereka sudah lama mengenali satu sama lain namun menjadi rapat selepas bercerai dengan pasangan masing-masing.
Percintaan mereka hanya bertahan beberapa bulan. Pada Ogos 2018, pasangan itu membawa haluan masing-masing. Perpisahan mereka disebabkan hubungan jarak jauh. Ben tinggal di Los Angeles manakala Lindsay menetap di New York. Ketagihan Ben terhadap alkohol juga turut menyumbang kepada perpisahan mereka.
5. Shauna Sexton
Hanya beberapa minggu selepas berpisah dengan Lindsay, Ben dirakam meninggalkan restoran Nobu bersama kekasih model Playboy, Shauna. Selepas beberapa hari, pelakon itu memasuki pusat pemulihan untuk merawat ketagihannya terhadap alkohol.
Bagaimanapun itu tidak menjejaskan perhubungan mereka malah Shauna pernah beberapa kali pergi melawatnya. Namun sebaik saja Ben tamat rawatan pada Oktober, hubungan mereka berakhir. Alasannya, aktor itu mahu memberi fokus pada dirinya, keluarga dan projek terbarunya.
6. Ana de Armas
Ben bertemu Ana pada November 2019 sewaktu membintangi filem Deep Water. Mereka dilaporkan bercinta pada Mac 2020 setelah dirakam bercuti bersama di negara kelahiran Ana, Cuba. Ben dan Ana kemudian terbang ke Costa Rica untuk percutian romantis sebelum pulang ke Los Angeles.
Tiga bulan kemudian, bintang Batman itu membawa Ana bertemu ibu dan anak-anaknya, membuktikan hubungan mereka sememangnya serius. Malah mereka dikhabarkan telah pun bertunang. Malangnya pada tahun baru 2021, mereka membawa haluan masing-masing.
Namun ada khabar angin mengatakan punca perpisahan tersebut adalah kerana Ana tidak mahu menetap di Los Angeles. Ben pula tidak boleh berpindah ke tempat lain memandangkan anak-anaknya tinggal di Los Angeles.
Foto: Kevin Mazur/GC Images
Pautan berkaitan: SEJARAH PERCINTAAN HYUN BIN: DARI SONG HYE KYO KE HAN JI MIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?
Power couple Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez kembali menjadi topik perbualan hangat selepas dirakam beraksi mesra di sebuah hotel terkemuka.
BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA
Kala J-Lo meniup lilin kek hari jadi tanpa suami di sisi, Ben Affleck turut meraikannya dengan cara tersendiri: Membeli rumah agam untuk didiaminya sendiri.
SELEPAS 20 TAHUN, BEN AFFLECK SAH MENJADI SUAMI JENNIFER LOPEZ
Ben Affleck dan Jennifer Lopez, atau dikenali sebagai Bennifer akhirnya mengikat tali perkahwinan selepas 20 tahun dalam sebuah majlis kecil di Las Vegas, Amerika Syarikat.