Skip to content

ANAMIKA KHANNA & H&M BERSATU UNTUK KOLEKSI YANG MEGAH

Kongsikan artikel ini

‘Fluid’, versatil dan vibrant. Koleksi Anamika Khanna untuk H&M dilancarkan di Mumbai. Koleksi yang merangkumi kaftan, pijama sutera dan yang menariknya, mengambil seni fesyen India sebagai inspirasi utama. Ketahui sedikit sebanyak tentang koleksi ini melalui temu bual bersama Anamika Khanna. 

Anamika Khanna bersama Ann-Sofie Johansson

  • APAKAH PERKARA PALING PENTING YANG ANDA INGIN TEROKAI MELALUI KOLABORASI INI?

Saya sentiasa merasakan fesyen India hilang apabila ditafsirkan oleh seluruh dunia. Seringnya, fesyen kami-dari aspek budaya, warisan kraf dan sulaman tekstil-dianggap pakaian atau tidak sesuai dipakai atau cukup moden. Perkara telah banyak berubah, dan koleksi bersama H&M ini membolehkan saya mengambil sesuatu dari India dan menjadikannya global dan kontemporari. Adalah baru bagi saya untuk memikirkan siluet dan gaya dari perspektif global ini, dan ia mendorong saya untuk mengolah semula beberapa rekaan saya. 

  • BAGAIMANAKAH ANDA SIFATKAN MOOD KESELURUHAN KOLEKSI INI? 

Easy and loungy. Lounge telah menjadi aspek penting dalam perjalanan rekaan saya. Bertahun-tahun yang lalu, saya mencipta koleksi yang mana saya menukar siluet tradisional India, seperti pijama kurta atau sari India, kepada pakaian sukan yang digayakan dengan sniker. Koleksi itu mencetuskan idea baharu untuk menggabungkan kontras. Lebih banyak saya boleh melakukannya, lebih menarik dan mencabar bagi saya. 

Anamika Khanna

  • STAIL KESUKAAN?

Saya memakai semua rekaan saya pada satu ketika. Ia menjadi sangat peribadi. Jadi, dalam koleksi ini, terdapat banyak rekaan yang menarik. Jika saya keluar, saya akan memakai blaus dan seluar sutere bercetak secara padan. Saya akan memakai sepasang but. Saya akan melapisi beberapa aksesori, menyandang beg di bahu dan terus keluar. Saya juga boleh melihat diri saya memakai koleksi lelaki. Tiada lagi satu gender yang bertumpu pada sesuatu rekaan itu lagi. Saya rasa sangat mudah melihat wanita-wanita lain juga menyarung koleksi lelaki atau sebaliknya. 

  • BOLEH KONGSIKAN SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG KETUKANGAN DALAM KOLEKSI INI?

Sulaman merupakan aspek penting dalam DNA rekaan saya. Walau bagaimanapun, sejak awal lagi, kami telah memodenkannya. Kami menggunakan tekstil dan kraf dari setiap bahagian negara dan meletakkannya dalam satu periuk lebur. Dalam koleksi ini, kami telah menggunakannya untuk desain tertentu, namun cukup untuk sekadar membuat ‘statement’. 

Anamika Khanna

  • BAGAIMANAKAH PROSES KERJASAMA ITU TERJADI?

Saya pergi ke Stockholm, dan saya dapati ia sangat indah dan tenang. Semua orang dalam pasukan juga, begitu mudah dan ramah. Saya datang dengan perspektif dan tiada tentangan. Semasa kami bekerjasama, koleksi makin berkembang, dan semua orang bersifat terbuka. Ia merupakan satu proses pembelajaran yang baik. H&M juga punya strategi yang besar di seluruh dunia dengan pembukaan banyak stor dan pelan terperinci serta sistem yang terancang. Sedangkan saya biasanya memikirkan sesuatu perkara itu sewaktu sedang berlaku. Ia merupakan pengalaman belajar yang efektif untuk saya. 

Artikel berkaitan: KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
aksesori lelaki 2026

AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA

Bacaan Lanjut
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

Bacaan Lanjut