ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16
Ed Westwick selamat disatukan dengan model dan pelakon, Amy Jackson dalam satu majlis indah yang berlangsung selama tiga hari di Amalfi Coast, Itali.
Pasangan itu bergelar suami suami isteri yang sah dalam satu majlis tertutup di London. Pada upacara itu, Amy mengenakan gaun Chanel vintaj dengan topi Maison Michel yang ditempah khas. Mereka kemudiannya terbang ke Itali untuk diraikan sebagai pengantin baru.
Majlis perkahwinan pasangan itu dimulakan dengan sesi pelayaran menyaksikan matahari terbenam di sebalik Faraglioni Rock, menurut perkongsian Amy di media sosial. Ed turut berkongsi kemeriahan hari bahagia mereka bersama 11 juta pengikutnya di Instagram.
“Malam pertama majlis perkahwinan kami bagaikan mimpi – makanan jalanan Neapolitan dan sushi oleh chef Bintang Michelin epik Salavtore Lazzetta, Spicy Margaritas yang sentiasa ada, serta menari di bawah cahaya bintang dengan insan kesayangan kami. ”
Hari Bahagia Ed Westwick & Amy Jackson
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di istana abad ke-16 Castello Di Rocca Cilento dengan pemandangan indah tepi laut. Amy kelihatan anggun dalam gaun korset tanpa tali rekaan Alberta Ferretti yang menampilkan beberapa lapisan manakala Ed memilih tuksedo putih rekaan Giorgio Armani.
Barisan pengapit pengantin perempuan menyarung gaun tanpa tali dengan motif bunga merah jambu, menepati tema majlis iaitu Secret Enchanted Garden. Pasangan mempelai memilih Fly Me To The Moon dan Dancing In The Moonlight sebagai lagu tarian pertama mereka.
Majlis resepsi hari ketiga menyaksikan pasangan raja dan ratu sehari meluangkan masa bersama tetamu di kelab tepi pantai yang dikelilingi taman indah saat matahari terbenam.
“Kami membuat keputusan mencipta semula satu majlis yang mengingatkan kepada tempat kegemaran kami iaitu taman di kediaman baru kami di pinggar bandar, yang sentiasa membuatkan kami berasa gembira dan tenang,” kata Amy.
Pasangan ini bertemu di trek perlumbaan Silverstone pada 2021 dan mengikat tali pertunangan pada penghujung Januari lalu. Amy memiliki seorang putera berusia lima tahun hasil perhubungannya dengan pengusaha hotel dan pelabur, George Panayiotou dari 2015 hingga 2021.
Foto: Corbin Gurkin
Pautan berkaitan: CRISTIANO RONALDO BERI PETUNJUK BAKAL AKHIRI ZAMAN BUJANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.
STAIL PASANGAN SELEBRITI TERBAIK DI EMMY AWARDS 2024
Selain penampilan individu, gaya power couple di karpet merah Emmy Awards ke-76 turut mencuri perhatian lensa kamera.
KENALI AKTOR CHUCK BASS DARI GOSSIP GIRL, ED WESTWICK
Aktor Ed Westwick pernah menggegarkan internet suatu ketika dahulu dengan wataknya sebagai Chuck Bass dari siri Gossip Girls.
JUSTIN THEROUX LAMAR KEKASIH DENGAN CINCIN BERNILAI SENTIMENTAL
Tanda pertunangan itu menampilkan berlian 4-karat berpotongan zamrud yang disemat pada cincin platinum bertatahkan emas kuning 18-karat.
PENAMPILAN KARPET MERAH PERTAMA BRAD PITT & INES DE RAMON SEBAGAI PASANGAN KEKASIH
Selepas cuba merahsiakan perhubungan cinta selama dua tahun, Brad Pitt secara rasminya memperkenalkan teman wanitanya kepada umum.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.