Skip to content

ALASAN MENGAPA ADELE MAHU BEREHAT PANJANG DARI INDUSTRI MUZIK

ALASAN MENGAPA ADELE MAHU BEREHAT PANJANG DARI INDUSTRI MUZIK

Kongsikan artikel ini

Lebih sedekad menghiburkan peminat dengan vokal lantang dan merdu, Adele meluahkan hasrat untuk menekan butang ‘pause’ pada kerjaya seninya.

Sabtu lalu pelantun Someone Like You ini memaklumkan akan berehat panjang selepas mengumumkan pertunangan dengan ejen sukan tersohor bertaraf jutawan, Rich Paul.

“Saya bukan penghibur paling selesa di atas pentas, itu saya tahu, tapi saya mampu menghiburkan penonton dengan sangat baik. Dan saya menikmati pengalaman membuat persembahan selama hampir tiga tahun ini, tempoh paling lama dalam sejarah persembahan saya,” katanya kepada hadirin pada persembahan ke-10 dan terakhirnya di Residensi Munich.

Adele berehat panjang dari industri muzik, adele bersara

Foto: Getty Images

Sambil mengumumkan dia masih perlu menghabiskan 10 persembahan lagi untuk Residensi Las Vegas pada minggu-minggu akan datang, Adele menambah, “Selepas itu saya tidak akan bertemu anda untuk satu jangka masa yang sangat lama. Namun saya akan terus mengingati anda semua dalam tempoh itu.”

Adele Punyai Alasan Tersendiri

Penyanyi berusia 36 itu kemudiannya mendedahkan sebab di sebalik keputusan yang dibuat. Dalam sebak dia menjelaskan perlu berehat dan memberi masa kepada diri sendiri.

“Saya menghabiskan masa tujuh tahun lalu membina kehidupan baru untuk diri sendiri, dan saya mahu menjalaninya sekarang. Saya mahu menjalani kehidupan baru yang telah saya bina,” katanya sambil menitiskan air mata.

Pengumuman itu muncul hanya beberapa minggu selepas Adele mengesahkan khabar angin bahawa dia dan Rich sudah pun mengikat tali pertunangan.

ADELE & RICH PAUL

Foto: Getty Images

Awal Ogos lalu ketika melihat seorang penonton konsert Munich memegang papan untuk melamarnya, Adele berkata, “Saya tidak boleh berkahwin dengan anda kerana saya sudah berkahwin.” Penyanyi berusia 36 tahun itu kemudiannya menayang cincin pertunangannya.

Hubungan percintaan Adele dan Rich terjalin pada musim panas 2021. Penyanyi itu pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Simon Konecki dari Mei 2018 hingga Mac 2021. Mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Angelo.

Adele mengeluarkan album terakhirnya berjudul 30 pada November 2021, diikuti dengan persembahan Weekends With Adele di Residensi Las Vegas pada tahun berikutnya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: PENDERITAAN ADELE SELEPAS BERCERAI DENGAN SIMON KONECKI