Acara sukan yang ditunggu-tunggu, Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2024 menyaksikan kehadiran selebriti, atlet sukan dan personaliti terkenal dalam persalinan musim panas yang chic.
Bertempat di USTA Billie Jean King National Tennis Center di Queens, New York City, kejohanan ini dimulakan pada 26 Ogos dan bakal melabuhkan tirai pada 8 September 2024.
Jika kejohanan lain seperti Wimbledon menarik perhatian kerabat Diraja dari serata dunia, Terbuka Amerika Syarikat menyaksikan kerusi penonton dipenuhi dengan barisan bintang Hollywood.
Tahun ini, kala Emma Navarro dan Frances Tiafoe bersaing untuk merebut gelaran perseorangan Grand Slam pertama, beberapa selebriti ternama hadir menggayakan persalinan bertemakan filem Challengers yang menjadi pilihan mereka.
Daripada pelakon Scandal Tony Goldwyn dan Kerry Washingtons kepada legenda sukan serta ikon fesyen serta mogul perniagaan, lihat penampilan bintang kelas-A yang menghangatkan acara tersebut.
Berikut gaya selebriti sepanjang Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2024