Skip to content

amirul danial glam lelaki

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA AMIRUL DANIAL

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni senior: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: SAHIR SABRI, Dandanan: CKAY LIOW, Gambar: CHINTOO, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL & SITI MALIYANAH, Teks: ZAIDI CHE

Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ – menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).

Amirul Danial, seorang pempengaruh fesyen dan ‘content creator’ yang semakin menempa nama dalam kalangan generasi Z. Senang disapa dengan panggilan Eddy, jejaka ramah dengan senyuman ini bersahaja dalam berbicara. 

Pada awalnya, dia akui tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pempengaruh fesyen. Eddy gemar mendokumentasikan perjalanan fesyen sehari-harinya di media sosial seperti Instagram dan TikTok untuk kepuasan kendiri.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Dan tuah menyebelahinya, kini Eddy dikenali sebagai antara pempengaruh fesyen yang dikenali di era baru ini dan fesyennya itu berjaya mempengaruhi dan diikuti oleh ramai generasi lelaki muda.

Ikuti wawancara eksklusif kami bersama Amirul Daniel selaku wajah ketiga NEW ERA Glam Lelaki

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA AMIRUL DANIAL

Jam tangan: OMEGA Constellation Meteorite

In your own words. Siapakah Eddy Amirul Danial?

Nama saya Amirul Danial dan saya seorang ‘content creator’. I have a deep love for fashion and I love playing dress up.

I’m a very bold guy. Mostly extrovert, sometimes introvert.

Kalau diletakkan di dalam satu bilik yang dipenuhi orang ramai, kemungkinan besar sayalah yang paling bising. (ketawa)

Inspirasi kamu menjadi seorang influencer fesyen? 

Sejujurnya, sedari zaman sekolah saya sudah perasan saya mempunyai perwatakan yang boleh mempengaruhi seseorang. 

Diceritakan pada 2022, Instagram saya digodam dan saya tidak dapat memasuki semula akaun tersebut. Jadi saya mula berjinak dengan TikTok.

Saya tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pempengaruh fesyen. Pada mulanya, saya memuat naik kandungan fesyen hanya untuk hiburan. 

Apa yang kamu harapkan peminat perolehi setelah mengikuti perjalanan fesyen kamu?

I always portray myself as a genuine guy.

Segala yang saya lakukan, akan saya pamerkan di media sosial. Saya harap pengikut-pengikut saya di media sosial akan menjadi diri mereka sendiri. 

To be true to themselves. If you don’t love yourself, how are you gonna love somebody else?

Jam tangan: OMEGA Speedmaster Moonwatch Professional

Momen paling berharga sepanjang bergelar ‘content creator’?

Diterbangkan ke Jepun sebagai pempengaruh dan pencipta kandungan untuk Fuji Rock Festival 2024. 

Semasa zaman persekolahan, saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang kerana saya mahu mengelilingi dunia. Tak sangka, sebagai pencipta kandungan juga, saya boleh mengelilingi dunia.

Tika di sana, saya membuat kandungan fesyen dan beramah mesra dengan pencipta kandungan dan pempengaruh dari negara-negara lain seperti Jepun, Singapura dan Korea Selatan.

How do you handle haters? 

For me, there is no such thing as bad marketing. Every action is a good traction. 

Buat masa ini, saya tidak pernah lagi mendapat komentar jahat yang sangat ‘jahat’. Kalau ada pun, biasa-biasa sahaja. How did I deal with them…? I don’t.

Kadang-kala saya baca komentar jahat itu hanya untuk menghiburkan hati. Sedikit pun tidak saya terkesan dengannya. As for me, empty vessels make the most noise.

Apakah pandangan kamu terhadap industri media sosial di Malaysia? 

‘Anti-influencer influencer’ adalah slogan peribadi saya di media sosial. 

Kenapa saya berkata begitu? Kerana sebelum ini, saya melihat begitu ramai ‘influencer’ yang mengaku diri mereka ‘influencer’ tetapi apakah yang mereka pengaruhi? Apakah mereka benar-benar ‘influencer’?

Namun, sejak kebelakangan ini saya melihat lebih banyak sisi positif industri media sosial kerana ramai pempengaruh sudah mula sedar dengan ‘kuasa’ mereka dan menggunakannya dengan cara yang baik.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya seorang yang sangat lancang dan terbuka. Sebelum ini, apa sahaja yang terlintas di minda, saya akan zahirkan melalui lisan. Kini tidak lagi kerana satu insiden yang membuatkan saya benar-benar terfikir.

Pada suatu hari, ada sekumpulan anak remaja datang bertegur sapa dengan saya dan mereka teruja ingin bergambar dengan saya. 

Sedang asyik bergambar bersama mereka, tiba-tiba terdetik di benak fikiran, kalaulah anak-anak muda ini terpengaruh dengan segala ungkapan dan kata-kata saya – baik yang benar mahupun yang salah –  siapa yang bertanggungjawab? 

Ya, tentu sahaja saya!

Jadi, ingat-ingatlah pempengaruh-pempengaruh di luar sana. Use your ‘power’ wisely. 

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA AMIRUL DANIAL

Jam tangan: OMEGA Constellation Meteorite

Pempengaruh datang dan pergi, apakah langkah proaktif yang perlu diambil oleh seorang pempengaruh supaya kekal relevan?

Saya beruntung kerana tidak ramai pempengaruh fesyen di luar sana dari kalangan lelaki Melayu. Namun, tetap sahaja saya perlu mengatur strategi supaya kekal relevan.

Strategi pertama saya tentulah membikin kandungan fesyen seiring dengan usia saya. Saya rasa majoriti pengikut saya di media sosial adalah dalam lingkuan 20an ke 30an. 

Kelak jika saya sudah mencapai umur 30an ke atas, saya akan membikin pula kandungan fesyen yang sesuai dengan usia dan masih terkait dengan mereka.

Sebagai pempengaruh, apa yang bakal kamu lakukan di era serba baru ini?

Saya mahu memperbaiki kandungan dari segi teknikal seperti suntingan video yang lebih baik dan memberi ulasan fesyen yang lebih cakna. 

Saya juga mahu terjun ke bidang kreatif lain kerana saya mahu keluar dari zon selesa.

Sebagai seorang pempengaruh, apa yang saya harapkan hanyalah satu iaitu menggunakan setulusnya pengaruh saya ke jalan yang benar.

Jika kamu dikurniakan satu kuasa adiwira, apakah yang akan kamu lakukan untuk sebuah dunia baru yang lebih sentosa?

Jika saya diberikan kuasa, saya mahu membina satu dunia tanpa kemiskinan. Saya mahu semua orang sama rata. Tiada yang miskin atau kaya. Semua orang gembira.

Glam Lelaki di mata kamu? Sepatah dua kata untuk Glam Lelaki yang berwajah baru. 

Glam Lelaki di mata saya ialah sangat unik kerana tidak banyak media penerbitan majalah di luar sana yang memberi fokus kepada hal ehwal dan fesyen lelaki. 

Saya amat berbesar hati untuk Glam Lelaki. 

Supaya Glam Lelaki terus menjadi wahana utama dalam menjadi rujukan pempengaruh fesyen dan lelaki Malaysia untuk fesyen dan gaya hidup yang sempurna.

Artikel berkaitan: GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut
Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut