GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni senior: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: SAHIR SABRI, Dandanan: CKAY LIOW, Gambar: CHINTOO, Teks: ZAIDI CHE
Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ – menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).
Mierul Aiman, pelakon yang lahir dari sebuah program realiti pencarian bakat, sudah mula bertapak dalam industri dan ‘meledak’ semenjak memegang pemeran utama drama “Projek: High Council” sebagai Fakri Ismet.
Popularitinya semakin mencanak naik melalui drama terbaharunya, “Dari Mata Turun Ke Hati” yang semakin membekas di hati penonton. Pemuda berkulit hitam manis ini mengakui dia amat berdedikasi dalam setiap karya seni yang dijayakannya.
Mierul Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Amirul Aiman Norazman terus mengorak langkah seninya, berbicara soal cabaran, masa hadapan dan harapan di dalam era baru yang serba mencabar ini sebagai seorang anak seni.
Ikuti wawancara eksklusif kami bersama Mierul Aiman selaku wajah ketiga NEW ERA Glam Lelaki;
In your own words. Siapakah Mierul Aiman?
Seorang pemimpi yang sentiasa berazam untuk mempercayai setiap langkah yang dicoraknya ialah satu peluang untuk mencipta ilusi, mimpi dan misi menjadi realiti.
Inspirasi kamu menjadi seorang anak seni?
Saya melihat diri saya sebagai seorang individu yang ekspresif, di mana setiap perilaku saya berbentuk jelas dari segi perasaan dan niat.
Sebagai manusia, kita mempunyai keterbatasan dalam meluahkan segala bentuk perasaan kerana kita perlu menghormati setiap individu yang berada di ekosistem kita.
Tidak semua memahami apa yang kita lalui dan tidak semua pula yang kita lalui difahami. Dengan lakonan, ia membuka limitasi kepada eksplorasi.
Lakonan membenarkan saya untuk ‘melepaskan’ segala bentuk ekspresi mengikut tuntutan karya. Ia satu kerjaya yang amat memuaskan.
Apa yang kamu harapkan penonton perolehi setelah mereka menonton lakonan kamu?
Saya melihat lakonan itu sebagai sebuah mesin masa.
Saya dapat melancong ke masa lalu, kini dan mungkin masa hadapan dengan cara mengaitkan perasaan dan pengalaman yang dituntut sesebuah naskhah itu dengan kehidupan saya sebagai seorang manusia biasa.
Secara tidak langsung, saya dapat membawa penonton untuk menjengah kembali sesi refleksi kehidupan mereka dengan mengaitkannya dengan apa yang saya persembahkan. Diharapkan ia memberi kesan positif kepada mereka.
Most importantly, I hope they enjoy the show.
Filem kegemaran kamu yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi karier seni kamu?
La La Land.
Sebuah filem untuk sang pemimpi. Setiap proses yang dilalui oleh Amelia ‘Mia’ Dolan (Emma Stone) dan Sebastian ‘Seb’ Wilder (Ryan Gosling) ialah satu perjalanan seni yang ingin saya lalui.
Miracles do happen. Saya kira saya sekarang berada di tempat yang sama di mana Mia dan Seb impikan.
How do you handle haters?
Saya melihat pembenci adalah individu yang memberikan daya tarikan yang kuat.
Saya percaya pujian ialah bukti dan saksi kita sedang melakukan suatu perkara yang benar, manakala bencian pula ialah bukti dan saksi yang kita bukanlah seorang manusia yang sempurna.
Tohmahan yang dilontarkan mereka ialah apa yang mereka fikirkan. Pada akhirnya, kita lebih mengenali diri kita sendiri.
Apakah pandangan kamu terhadap industri seni lakonan di Malaysia?
Di Malaysia, saya melihat industri lakonan semakin berkembang. Ia menampilkan gabungan pengarah tempatan dan antarabangsa dengan pelakon filem, televisyen dan teater.
Pun begitu, saya mungkin menghadapi sedikit cabaran seperti peluang yang terhad terhadap pasaran yang mantap dan keperluan infrastruktur serta sokongan industri yang lebih besar.
Namun, industri seni lakonan hari ini menunjukkan potensi yang positif untuk berkembang dengan sihat dan peningkatan dalam pengiktirafan anak seni di Malaysia.
Di era baru ini, apakah langkah proaktif yang perlu diambil seorang pelakon supaya kekal relevan di persada seni?
Saya sering menggunakan pelbagai strategi untuk kekal relevan.
Antaranya, mempelbagaikan kemahiran seperti menceburi bidang seni lain seperti teater, filem, drama, seni suara atau penulisan.
Saya juga ingin mencipta jenama peribadi sendiri bagi menarik lebih banyak sokongan daripada peminat.
Saya turut ingin membuat kerja seni sampingan seperti mengajar dan menyesuaikan diri dengan trend semasa.
Saya juga percaya membina hubungan profesional dengan pelbagai pihak boleh membawa kepada lebih banyak peluang, kerjasama dan pendedahan.
Secara tidak langsung, ia dapat mengukuhkan penjenamaan saya sebagai seorang anak seni Malaysia.
Sebagai pelakon, apa yang bakal kamu lakukan di era serba baru ini?
Memperluaskan penjelajahan dalam dunia seni layar perak sentiasa menjadi misi saya. Dengan cara mencuba setiap julat kraf lakonan, saya dapat membezakan kelebihan dan kekurangan dalam mencipta watak.
Saya melihat seni itu sifatnya luas. Saya akan melatih diri saya untuk menjadi lebih kreatif. Misalnya, menceburi bidang fesyen dan mendekati masyarakat Malaysia.
Jika kamu dikurniakan satu kuasa adiwira, apakah yang akan kamu lakukan untuk sebuah dunia baru yang lebih sentosa?
Kebolehan untuk memahami dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Ia akan membolehkan saya berhubung dengan sesiapa sahaja, berkongsi pengetahuan dengan lebih berkesan dan belajar aneka budaya.
GLAM Lelaki di mata kamu? Sepatah dua kata untuk GLAM Lelaki yang berwajah baru.
Glam Lelaki mencerminkan perubahan arah dan trend masa kini dalam dunia fesyen dan gaya hidup. Perubahan ini termasuklah pembaharuan reka bentuk, jenis kandungan dan penampilan muka hadapan yang lebih moden.
Pendekatan digital Glam Lelaki yang lebih kondusif dan penekanan yang lebih optimum pada kandungan digital serta media sosial untuk berhubung dengan pembaca.
Saya harap ia dapat menarik minat pembaca baru dan memberikan nafas segar kepada Glam Lelaki. Perubahan ini mengangkat Glam Lelaki untuk kekal relevan dan menarik dalam industri yang sentiasa berkembang.
*Mierul Aiman memakai jam tangan OMEGA Seamaster Aqua Terra 150M dan OMEGA Seamaster Diver 300M
Artikel berkaitan: TOP 10 HITS LAGU HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI
Mierul Aiman merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik namanya dalam industri lakonan dan fesyen di Malaysia. Juara Hero Remaja tahun 2021 ini merupakan salah seorang dari jejaka yang menjadi wajah muka depan GLAM Lelaki pada bulan September. Mierul Aiman, seorang pelakon Malaysia yang digemari ramai ini baru sahaja mencecah umur 26 tahun. Lakonan Mierul…
KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Jam tangan Omega untuk lelaki menawarkan gabungan sempurna antara inovasi teknologi dan elemen elegan yang menonjolkan gaya si pemakai.
GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI
Pelantun lagu ‘Diam’ ini nekad menjadi diri sendiri sebagai seorang anak seni bersifat asli. Padanya, era baru itu ialah sebuah kesempatan yang telah ditakdirkan Tuhan.
#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL
Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ - menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
5 GAYA FESYEN MIERUL AIMAN PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki akan menampilkan 5 gaya fesyen Mierul Aiman yang boleh dijadikan inspirasi oleh lelaki pada masa kini.