THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA
Gabungan sejarah yang kaya dengan inovasi moden, sebuah beg tangan RIMOWA Original Bag dicipta bukan hanya untuk memenuhi keperluan fungsional tetapi juga menambahkan sentuhan keanggunan pada setiap langkah anda.
Di dalam setiap langkah kreatif yang diambil oleh RIMOWA, sentiasa menghubungkan tradisi dan keanggunan moden. Kali ini, Maison Jerman dengan bangganya memperkenalkan rekaan terbarunya, The Original Bag. Masih mengekalkan daya tarikan klasik beg suit ikonik mereka, RIMOWA membuka lembaran baru dengan menghasilkan beg tangan uniseks yang memikat dan menyempurnakan konsep reka bentuk.
The Original Bag bukan hanya sekadar aksesori, tetapi sebuah rekaan yang menggabungkan gaya dan fungsi secara harmonis. Dihasilkan untuk memenuhi pelbagai keperluan moden dengan sentuhan mewah, beg ini menyatukan elemen ikonik dari koleksi Original yang terkenal dengan alur-alurnya yang khas, sambil menampilkan proporsi yang inovatif. Dengan reka bentuk yang mengutamakan estetika dan praktikal, beg ini sempurna untuk gaya hidup kontemporari.
BUATAN JERMAN
Dihasilkan di Jerman, beg tangan ini menggunakan aluminium berkualiti tinggi yang keras dan ringan. Struktur beg ini membolehkan ia dibawa dengan pelbagai cara sama ada dengan tangan, di bahu atau sebagai beg silang sekaligus menyediakan keselesaan dan ketahanan yang tiada tandingan. Bingkai yang direka dengan rapi dan pemegang kulit yang elegan memberikan sentuhan akhir yang menyempurnakan rekaan ini. Tali webbing yang boleh dilaras menambah fleksibiliti dan kepraktisan untuk penggunaan harian atau ketika melancong.
Keunikan The Original Bag juga terletak pada mekanisme butang yang direka khas oleh RIMOWA yang memudahkan pembukaan dan penutupan beg dengan lancar. Setiap elemen beg ini dicipta dengan penuh teliti bagi memastikan bahawa ia bukan sekadar aksesori tetapi juga simbol gaya yang elegan.
Beg ini mempunyai dua pilihan warna iaitu perak dan hitam yang menonjolkan sofistikasi yang tidak berlebihan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai majlis, sama ada santai mahupun formal. Rekaan dalaman beg yang diperbuat daripada kulit buatan Itali berkualiti tinggi memberikan ruang yang luas untuk memuatkan segala keperluan harian. Selain menawarkan ruang yang mencukupi, The Original Bag mempunyai kompatmen yang teratur dengan poket berzip dan slot khas untuk kad kredit dapat memastikan barang-barang tersimpan dengan rapi.
BERSAMA EMPAT IKON GLOBAL
Pelancaran The Original Bag juga diabadikan di dalam sebuah filem kempen yang diarahkan oleh Jordan Hemingway dan difoto oleh Louise serta Maria Thornfeldt, mengajak penonton untuk menyelami semangat penerokaan melalui pemandangan kota yang sibuk. RIMOWA bersama agensi Anomaly melancarkan kempen yang mempamerkan daya tariknya kepada penggemar reka bentuk dan gaya.
Turut menampilkan empat tokoh global iaitu supermodel Liu Wen, rapper Central Cee, wartawan dan pengarah kreatif IB Kamara, serta jurugambar Larissa Hofmann. Filem ini menggambarkan bagaimana RIMOWA The Original Bag menemani mereka sepanjang 24 jam di kehidupan bandar dengan lagu ‘Last Nite’ oleh The Strokes mengiringi setiap detik perjalanan mereka.
Artikel berkaitan: KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS BOSS 2025 DI MILAN FASHION WEEK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ
Razin Qidran mula menceburi bidang hiburan secara serius selepas tamat pengajian universiti. Tahun ini sahaja, Razin telah berlakon beberapa drama dan terbaru, muncul sebagai Irwan dalam drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi.
CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®
Untuk musim perayaan kali ini, Levi’s® akan meraikannya dengan keseronokan gaya terkini dan segar. Melalui himpunan baharu ‘Holiday Edits’ dan memulakan inisiatif pemberian hadiah yang dinamakan “12 Days of Denim”.
TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN
Ton warna yang lembut seperti pastel dan soft neutrals dalam koleksi kapsul TOD'S· X boleh memberikan kesan yang menenangkan nan elegan. Warna-warna ini sangat ideal untuk digayakan kala acara akhir tahun. Kombinasi warna ini nyata versatil sesuai buat mereka yang suka terlihat tanpa berlebihan.
ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL
GLAM Lelaki bersembang dengan anak muda ini yang cukup akrab dengan jenama lokal popular, SAOI. Let’s get to know Adib Caroline.
RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE
Temui koleksi RIMOWA Distinct & Original Twist dalam warna Olive. Rekaan mewah ini menyuntik gaya eksklusif untuk setiap pengembaraan anda!