Skip to content

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN SITI SALEHA TERMASUK SEOFIS

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN SITI SALEHA TERMASUK SEOFIS

Kongsikan artikel ini

Siti Saleha melakar sejarah di peringkat antarabangsa apabila memenangi trofi Bintang Asia Terbaik di Seoul International Drama Awards 2024.

Jelitawan itu terbang ke Korea Selatan untuk menghadiri acara tersebut yang berlangsung pada 25 September selepas dicalonkan dalam kategori Anugerah Bintang Asia.

Saleha berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik fotonya menggenggam trofi kemenangan di Instagram. “(Trofi) Ini milik kita Malaysia,” tulisnya di ruangan.

Kemenangan itu diraihnya menerusi siri asal Tonton berjudul SeOfis yang disiarkan pada awal tahun ini. Dalam siri itu dia menggalas watak sebagai Samirah atau lebih dikenali sebagai Sam.

Bagaimanapun ini bukanlah satu-satunya drama terbaik lakonannya. Aktres berusia 34 tahun ini telah membintangi pelbagai naskah yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Lihat beberapa lagi siri hebat lakonan Siti Saleha yang berjaya memikat hati penonton

 

1. Seofis (2024)

drama terbaik siti saleha, seofis

Turut dibintangi oleh: Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Josiah Hogan

Sinopsis: Tiga usahawanita sekitar usia 30-an menjalankan perniagaan sendiri di bawah satu bumbung. Permulaan yang sukar akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan, sekali gus mendukung masing-masing dalam mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota.

 

2. Black (2019)

drama terbaik siti saleha, seofis

Turut dibintangi oleh: Kamal Adli, Nabila Huda, Zoey Rahman, Khir Rahman

Sinopsis: Makhluk bunian bernama Black diarahkan memburu rakannya yang melarikan diri ke alam manusia. Tanpa disedari, Black jatuh cinta pada seorang wanita jelita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Mereka kemudiannya bergabung tenaga menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai selama bertahun-tahun.

 

3. Hilang (2022)

Turut dibintangi oleh: Aqasha, Khir Rahman, Jasmine Suraya Chin, Azhar Sulaiman, Farah Ahmad

Sinopsis: Inspektor Munir pulang ke kampung halamannya, Seri Daik selepas 17 tahun untuk menyiasat kes pembunuhan seorang remaja perempuan. Munir bertemu Yusof, seorang guru agama yang dituduhnya menjadi punca kematian adiknya dek upacara rawatan yang gagal. Apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik.

 

4. The Secret (2024)

Turut dibintangi oleh: Remy Ishak, Ellyza Azizi, Sara Mack Lubis, Ucop, Nadiya Nisaa, Amir Nafis

Sinopsis: Liya, seorang pelajar universiti terkemuka ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri. Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik asrama Liya.

 

5. 7 Hari Mencintaiku (2016)

drama terbaik siti saleha, seofis

Turut dibintangi oleh: Shukri Yahaya, Ungku Hariz, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifli, Bil Azali

Sinopsis: Khuzairi mencintai gadis bernama Mia Adrina dalam diam sejak di bangku sekolah lagi. Namun sifat sombong Mia menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama menyimpan impian untuk memilikinya. Malang buat Mia apabila gagal menyedari keangkuhan itu akan memakan dirinya sendiri suatu hari nanti.

 

Foto: Arkib Glam

Pautan berkaitan: 8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SITI SALEHA TERIMA PENGIKTIFARAN ANTARABANGSA DI KOREA SELATAN

SITI SALEHA TERIMA PENGIKTIFARAN ANTARABANGSA DI KOREA SELATAN

Bacaan Lanjut

SHUKRI YAHAYA-AKTOR TV PALING PROLIFIK ERA INI

Bacaan Lanjut