JOE JONAS BINTANGI KEMPEN GUESS 2017
Padanlah sejak kebelakangan ini Joe Jonas cukup aktif di gim dan giat melakukan aktiviti berstamina seperti boxing dan lain-lain. Rupa-rupanya, untuk tampak menarik untuk kempen terbaru dari jenama fesyen terkemuka, GUESS untuk kempen seluar dalam tahun 2017. Melalui gambar-gambar yang kini sudah bertebaran dan dikongsi peminat-peminatnya, Joe Jonas looks so fine in those pics!

Joe Jonas dan model Charlotte McKinney dalam kempen seluar dalam terbaru GUESS.
Turut menemani beliau untuk kempen seksi ini adalah model jelita Charlotte McKinney. Jurugambar yang bertanggungjawab menangkap gambar-gambar penuh sensual ini pula adalah tidak lain dan tidak bukan Yu Tsai.
Kempen ini menyaksikan beberapa keping gambar Joe Jonas tidak berbaju malah hanya berseluar dalam dan jeans. Percubaan yang berani buat Joe Jonas! Dikhabarkan Joe Jonas atau lebih dikenali sebagai lead singer untuk kumpulan muzik pop popular DNCE mendapat inspirasi dari adiknya sendiri iaitu Nick Jonas yang semakin popular dan dikenali selepas membuat badan. Sebelum ini, Nick Jonas pernah menjalani pengambaran hampir kurang sama untuk jenama Calvin Klein.


Jelas Joe sewaktu ditemubual oleh stesen E!, “Ya, agak pelik apabila gambar saya dirakam ketika hanya memakai seluar dalam, tetapi ya ia amat menyeronokkan!”.

Photo credit: E!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.











