3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Badan langsing, sihat dan bertenaga bukan sahaja menjadi idaman wanita tetapi juga lelaki.
Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan. Selain menjaga pemakanan dan melakukan senaman, terdapat beberapa lagi petua mudah yang boleh membantu anda.
GL kongsikan tiga ramuan di dapur yang boleh membantu melangsingkan badan
1. Epal Hijau
Makan epal hijau atau perahan jusnya setiap hari, sekurang-kurangnya sebiji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat di celah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa makanan lain dari dinding usus. (Tepung gandum mengandungi peluntur iaitu bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan).
Jika dimakan mentah, epal boleh diambil bersama makanan lain. Tetapi kalau jus, tidak boleh disulam dengan makanan lain kecuali selepas 15-20 minit.
2. Lemon
Kemudian, makan pula buah lemon atau minum jusnya satu biji sebelum sarapan atau sebelum tidur setiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis limau yang lain, lemon bersifat asid tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan.
Untuk mengurangkan masam lemon, ia boleh dibuat jus dan dicampur dengan madu atau buat air lemon dengan tambahan gula perang.
3. Kulit Kayu Manis
Selain epal dan lemon, satu lagi ramuan semula jadi yang boleh membakar lemak adalah kulit kayu manis. Ia bukan sekadar rempah yang membuatkan masakan semakin lazat. Menurut kajian, kulit kayu manis boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Hanya rebus dua hingga tiga batang dalam satu liter air selama lima minit. Sebelum minum tambah sedikit serbuk kayu manis dan satu sudu madu. Ia boleh diminum ketika panas atau sejuk sebanyak tiga kali sehari.
Foto: Drazen Zigic/Freepik
Pautan berkaitan: 5 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU
Selain merendahkan keyakinan dan menjejaskan imej diri, mulut berbau boleh menandakan masalah kesihatan yang bersarang dalam tubuh anda.
BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?
Hari ini ramai daripada kita memilih untuk menikmati hidangan sambil memegang telefon bimbit dan melayari laman sosial. Tindakan ini sepatutnya dielakkan!
HIDU 4 MAKANAN INI UNTUK KEKAL KURUS
Sounds impossible but it works! Khas untuk anda yang ingin cepat kurus, GL senaraikan beberapa makanan perlu anda hidu untuk membantu anda mengurangkan berat badan secara effortless!
3 MAKANAN CAIRKAN LEMAK DENGAN PANTAS
Aaarghh memerangi lemak degil bagai bertempur di medan peperangan. Jangan risau! Ini 3 makanan yang boleh 'tewas'kan musuh utama anda itu.
SUSUTKAN BERAT BADAN DENGAN EPAL DAN LEMON
Susutkan berat badan anda yang berlebihan dengan dua bahan utama: lemon dan epal.