Skip to content

KHAIRY JAMALUDDIN: DARI POLITIK KE DUNIA HIBURAN

Kongsikan artikel ini

“Dunia hiburan ini bukan dunia saya. Saya datang dari dunia politik.” Begitulah pengakuan jujur Khairy Jamaluddin, seorang tokoh politik yang namanya tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia. Namun, dunia politik yang pernah menjadi pentas utamanya telah berubah. Siapa sangka Khairy kini menemui diri dalam dunia yang berbez, dunia politik ke hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Peralihan ini mungkin mengejutkan ramai pihak, malah Khairy sendiri tidak pernah menjangkakan akan melangkah ke dunia media dan hiburan. Setelah tergelincir dari dunia politik, beliau mendapati diri berada di persimpangan, dengan dunia hiburan menawarkan satu ruang baru untuknya berteduh. “Saya dibuang, mungkin seketika, mungkin lama,” ujarnya, menggambarkan keadaan selepas kehilangan tempat dalam arus politik.

Namun, peluang datang dalam bentuk yang tidak dijangka. Mungkin bermula sebagai satu troll atau prank, tetapi Hot FM mengambil langkah berani dengan menjemput Khairy ke udara sebagai DJ jemputan. “They took a chance on me,” kata Khairy, dengan rasa terima kasih yang mendalam kepada pasukan Hot FM. Nama-nama seperti Nazri, Jake, Aaron, dan Shah menjadi tunjang di sebalik peluang yang diberikan.

Selain itu, Khairy turut diberi tunjuk ajar oleh barisan penyampai radio yang berpengalaman seperti AG, Fara, dan Johan. Dalam masa yang singkat, beliau belajar selok-belok industri yang baru ini. “It’s never too late to learn something new. Even for an old guy like me!” jelasnya berseloroh. Beliau juga tidak lupa menyebut pasukan di belakang tabir yang turut berperanan penting dalam kejayaan barunya: Krel, Ijal, Faz, Fasya, Pop, Firul, Arabelle, dan seluruh pasukan produksi.

PERMOHONAN MAAF KHAIRY JAMALUDDIN MENIMBULKAN TANDA TANYA - GLAM LELAKI

Khairy mengakui bahawa perjalanan hidupnya kini berbeza, tetapi beliau melihatnya sebagai satu ketentuan rezeki yang harus diterima dengan terbuka. Dalam ucapan yang menyentuh hati, Khairy berkongsi kata-kata inspirasi: “Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah. Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t.”

Kata-kata ini bukan sekadar pesanan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk mereka yang pernah merasai kegagalan atau berada di persimpangan hidup. Khairy Jamaluddin mungkin datang dari dunia politik, tetapi kini, beliau menjelajah dunia baru yang tidak pernah dijangka—dunia hiburan. Dengan semangat yang baru dan sokongan daripada rakan-rakan di Hot FM, Khairy membuktikan bahawa perubahan dan pembelajaran baharu sentiasa mungkin, tidak kira apa latar belakang kita.

 

Artikel Berkaitan:

By Emma Raof
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO

KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO

Bacaan Lanjut
Mark Adam & Fizie Ucap Selamat Tinggal Kepada Hot FM

MARK ADAM & FIZIE UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA HOT FM

Bacaan Lanjut
KHAIRY JAMALUDDIN TERUS FASIH BERBAHASA MANDARIN SELEPAS SUNTIKAN SINOVAC

KHAIRY JAMALUDDIN TERUS FASIH BERBAHASA MANDARIN SELEPAS SUNTIKAN SINOVAC

Bacaan Lanjut
SHUK SAHAR BUKAN LAGI PENYAMPAI RADIO HOT FM

SHUK SAHAR BUKAN LAGI PENYAMPAI RADIO HOT FM

Bacaan Lanjut
MARK ADAM SERTAI GENG PAGI HOT

MARK ADAM SERTAI GENG PAGI HOT

Bacaan Lanjut

#ABAHISBACK! KHAIRY JAMALUDDIN KEMBALI BERTUGAS DENGAN IMEJ LEBIH KEMAS

Bacaan Lanjut