Skip to content

KHAIRY JAMALUDDIN TERUS FASIH BERBAHASA MANDARIN SELEPAS SUNTIKAN SINOVAC

KHAIRY JAMALUDDIN TERUS FASIH BERBAHASA MANDARIN SELEPAS SUNTIKAN SINOVAC

Kongsikan artikel ini

Ya memang benar apa yang anda baca, namun ia sekadar gurauan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Jenaka itu dibuat sejurus selepas beliau menerima suntikan vaksin jenis Sinovac keluaran China. Menerusi satu video, Khairy dirakam membuat ucapan dalam bahasa Mandarin sebelum memberi terjemahan.

“Saya sebutkan tadi bahawa saya sudah terima vaksin Sinovac, dan bahasa Mandarin saya sekarang ini tiba-tiba sangat fasih,” beliau berjenaka sambil disambut dengan hilai tawa oleh pihak media.

Khairy merupakan individu pertama yang diberi vaksin jenis Sinovac di Malaysia, menyertai Presiden Jokowi dari Indonesia dan Presiden Erdogan dari Turki.

 

Khairy delivers a message in Mandarin after receiving Sinovac vaccine

 

Jelas Khairy, beliau menawarkan diri menjadi penerima pertama sebagai memenuhi prinsip kepercayaan ke atas penilaian yang dibuat pihak berkuasa Malaysia.

“Seperti keluaran Pfizer, vaksin Sinovac selamat, berkesan dan stabil untuk diambil,” ujar beliau yang turut memaklumkan bahawa 15 peratus dos vaksin Covid-19 global adalah keluaran Sinovac.

Khairy diberi dos pertama selepas melalui tiga stesen iaitu saringan gejala dan suhu, pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran dan stesen ketiga bagi proses konsultasi dan persetujuan imunisasi.

Selepas disuntik, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu diletak di bawah pemerhatian di stesen kelima.

Turut menerima suntikan pertama vaksin Sinovac hari ini adalah 10 petugas barisan hadapan.

Khairy memaklumkan, negara menerima sejumlah 100,000 dos vaksin Sinovac 15 Mac lalu dan bakal menerima jumlah yang sama pada 22 Mac ini.

 

Foto: Unreserved

 

Pautan berkaitan: PM INDIVIDU PERTAMA TERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

 

 

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO

KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO

Bacaan Lanjut

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI WABAK ‘CACAR MONYET’

Bacaan Lanjut
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

Bacaan Lanjut

“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

Bacaan Lanjut
BILAKAH DOKUMENTARI PASANGAN SUSSEX BERNILAI RM475 JUTA AKAN DISIARKAN?

SURAT TERBUKA PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE

Bacaan Lanjut