COACH FOREVER, RAIKAN ANTARA YANG LAMA DAN BAHARU
COACH LANCARKAN HIMPUNAN MUSIM BUNGA 2021 DENGAN MENGANGKAT TEMA COACH FOREVER, MERAIKAN ANTARA YANG LAMA DAN BAHARU. MENGHANGATKAN LAGI KETIBAAN ‘COACH FOREVER’, TERDAPAT SERVIS SULAMAN YANG DITAWARKAN DI DALAM BUTIK SECARA EKSKLUSIF. SULAMAN MENGIKUT CITA RASA SENDIRI LANGSUNG MENINGKATKAN KARAKTER ITEM COACH YANG DIMILIKI.
Coach Forever, judul koleksi yang meraya himpunan musim bunga 2021, gabungan reka bentuk masa lalu, sekarang dan masa depan dengan pengenalan perkhidmatan sulaman eksklusif untuk masa yang terhad dari 17 Mac pinga 11 April 2021. Perkhidmatan sulaman yang dilakukan secara tempah khas ini tersedia di pojok khas, istimewa di butik Coach Pavilion Elite Kuala Lumpur dan Gurney Plaza Penang.
Coach Forever adalah refleksi Mengenli perkara terpenting sekarang dan terjemahan mengenai tanggungjawab, kebaharuan dan pengurangan. Diilhamkan oleh visi Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers mengenai optimistik, menceritakan kisah beg-beg Coach yang bukan hanya sekadar untuk dipentaskan, malah direka secara teliti untuk menjamin kegunaannya sepanjang zaman. Stuart mahukan koleksi ini turun dari satu generasi ke satu generasi yang lain, lalu menawarkan visi masa depan yang penuh perhatian menampilkan unsur-unsur kepositifan.
Mengetengahkan tema alam semula jadi, butik global Coach yang terpilih telah berubah rupa dengan tampilan tanaman hijau, ibarat melangkah masuk ke dalam taman. Pohon-pohon hijau yang kecil diletakkan di beberapa sudut butik untuk menghidupkan karakter butik selaras dengan visi yang ingin disampaikan Coach. Tema ini merupakan inspirasi pilihan Stuart seperti yang disajikan dalam persembahan maya hasil kerjasama dengan jurugambar, Juergen Teller.
Menekankan komitmen Coach terhadapa pendekatan fesyen yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, Coach Forever memperkenalkan variasi beg yang dibuat teknik celupan semla jadi, kulit yang mengutamakan kelestarian serta beberapa rekaan beg tote yang diperbuat daripada bahan kitar sepenuhnya. Ini termasuk aksesori dan pakaian sedia pakai yang diperbuat daripada sisa-sisa kitaran dan ilham vintaj yang dihiasi sulaman dan perincian yang cukup fun.

Istimewanya di Malaysia, peinât Coach boleh mencuba perkhidmatan sulaman yang dilakukan oleh pengkarya lokal, Sheena Liam secara eksklusif di butik Coach. Indahkan lagi rupa item Coach anda dengan sulaman yang dikehendaki mengikut cita rasa tersendiri. Apa tah lagi, sulaman merupakan antara fokus utama Coach sewaktu mereka himpunan dedikasi musim bunga 2021.
Sempena meraikan koleksi baharu ini, Coach menampilkan wajah-wajah semasa dari golongan millenials juga legendary Debbie Harrie menggayakan rekaan Coach bertunjangkan identiti masing-masing. Cole Sprouse, Kaia Gerber, Megan Thee Stallion dan Paloma antara yang terlibat.
Artikel berkaitan: CIPTA GAYA ‘STREETWEAR’ DENGAN PEDRO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.















