Skip to content

PM INDIVIDU PERTAMA MENERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

PM INDIVIDU PERTAMA TERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

Kongsikan artikel ini

Selepas tiga minggu menerima suntikan pertama vaksin Covid-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat mendapatkan dos kedua Pfizer-BioNTech semalam di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18.

Ini menjadikan Perdana Menteri sebagai individu pertama menerima dos lengkap vaksin tersebut di Malaysia yang memberi perlindungan terhadap jangkitan Covid-19.

Beliau juga merupakan individu pertama yang menerima dos pertama vaksin ini pada 24 Februari lalu bertempat di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh negara.

Muhyiddin tiba pada pukul 3.05 petang semalam dan dibawa ke stesen suntikan sebelum diberi penerangan ringkas. Usai menerima suntikan menggunakan picagari khas Low Dead Volume (LDV), beliau menunjukkan plakad, “Saya sudah lengkap dua dos.”

 

 

Beliau kemudian dibawa ke ruang pemerhatian untuk berehat selama 30 minit seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan ke atas mana-mana individu yang mengambil suntikan vaksin Covid-19. Tujuannya adalah untuk memantau kesan sampingan suntikan tersebut.

Selain Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat lagi petugas kesihatan turut menerima suntikan dos kedua pada hari yang sama.

Malaysia kini berada dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 24 Februari dengan sasaran untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari lalu hingga April depan.

Fasa 2 imunisasi yang membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac dijadualkan bermula April hingga Ogos depan bagi kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 dijadual bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan mahupun warga asing.

 

Foto: Utusan/Faisol Mustafa

 

Pautan berkaitan: PM ANTARA INDIVIDU TERAWAL BAKAL TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

 

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Bacaan Lanjut
MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

Bacaan Lanjut

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI WABAK ‘CACAR MONYET’

Bacaan Lanjut
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

Bacaan Lanjut

“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

Bacaan Lanjut