PM ANTARA INDIVIDU TERAWAL BAKAL TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19
Saya tawar diri menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19– Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.
Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.
Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima.
Sumber : Bernama
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALTIMET TERUS MENGORAK LANGKAH DENGAN PENUBUHAN SYARIKAT SENDIRI
Buat masa ini SVL TAN Management menaungi lima bakat tempatan iaitu Sherson Lian, Haniff Hamzah, Hazama, Saint Kylo dan Altimet sendiri.
Regé-Jean Page Bakal Menjadi James Bond Seterusnya?
Regé-Jean menangani khabar angin beliau mengenai spekulasi terbaru mengenai dia bakal menjadi James Bond yang seterusnya setelah keluar dari Bridgerton.
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal
Perubahan budaya dan teknologi semakin drastik, namun, satu perkara yang masih tetap berterusan tanpa berubahan: idea bagaimana masculinity dikemukakan.
SELEPAS KARTIK AARYAN, AAMIR KHAN PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19
Tidak dinyatakan sama ada pelakon ini dijangkiti di tempat kerja atau melalui kontak rapat.
KHAIRY JAMALUDDIN TERUS FASIH BERBAHASA MANDARIN SELEPAS SUNTIKAN SINOVAC
Jenaka itu dibuat sejurus selepas beliau menerima suntikan vaksin keluaran China.
PM INDIVIDU PERTAMA TERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH
Beliau juga merupakan individu pertama yang menerima dos pertama vaksin ini pada 24 Februari lalu.