Skip to content

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OKTOBER 2024

5 FILEM SERAM MESTI LAYAN SEPANJANG OKTOBER 2024

Kongsikan artikel ini

Naskah romantis dan fantasi sentiasa berjaya menarik perhatian penonton, namun filem seram juga tidak kurang hebatnya.

Tidak dinafikan genre seram semakin diminati kerana ia membawa kita mengembara ke dunia yang tidak semua orang ‘berpeluang’ terokai dan alami sendiri.

Anda berpeluang menyelami dunia penuh kejutan ini sepuas hati kerana Oktober menyajikan lambakan filem sebegini dari awal hingga penghujung bulan.

GL bariskan beberapa filem seram yang menemui anda bulan ini

 

1. Smile 2

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OKTOBER 2024

Pelakon: Naomi Scott, Sosie Bacon, Kyle Gallner, Lukas Gage, Ray Nicholson

Sinopsis: Bakal memulakan konsert jelajah dunia, penyanyi pop terkenal bernama Skye Riley mula mengalami peristiwa yang amat menakutkan. Tertekan dengan misteri yang berlaku dan kemasyhuran yang memuncak, dia perlu berdepan dengan masa lalunya yang gelap untuk mengawal semula hidupnya sebelum ia menjadi parah.

 

2. Rippy

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OKTOBER 2024

Pelakon: Michael Biehn, Aaron Pederson, Tess Haubrich, Angie Milliken

Sinopsis: Seorang syerif muda yang cuba menyambung legasi bapanya diuji apabila seorang demi seorang penduduk kampung dibunuh dalam keadaan mengerikan. Ini memaksanya untuk berdepan dengan masa lalu dan bekerjasama dengan bapa saudaranya untuk menumpaskan haiwan misteri itu.

 

3. Bangsal Isolasi

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OKTOBER 2024

Pelakon: Kimberly Ryder, Ibrahim Risyad, Wulan Guritno, Roweina Umboh

Sinopsis: Seorang wartawan wanita menyamar sebagai banduan untuk menyiasat satu kes pembunuhan. Siasatan itu membawa kepada rahsia mengerikan di bilik pengasingan di dalam penjara.

 

4. Terrifier 3

Pelakon: David Howard Thornton, Lauren LaVera, Elliot Fullam

Sinopsis: Selepas terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai Art the Clown pada musim Halloween, Sienna dan adik lelakinya bergelut untuk membina semula kehidupan mereka. Dengan musim cuti yang semakin hampir, mereka cuba menghayati semangat Krismas dan melupakan trauma dilalui. Kala mereka berasakan diri telah selamat, Art kembali dengan tekad untuk mengubah keceriaan mereka menjadi mimpi ngeri.

 

5. You Will Die In 6 Hours

Pelakon: Jeong Jae Hyun, Park Ju Hyun, Kwak Shi Yang

Sinopsis: Seorang individu tidak dikenali, Jun Woo mendekati Jeong Yun dan mendedahkan dia melihat wanita itu mati ditikam enam jam sebelum ulang tahun ke-30 kelahirannya. Walaupun ragu-ragu, Jeong Yun akhirnya membuat keputusan mengikut Jun Woo untuk mencari pembunuh tersebut bagi mengelak kematiannya. Malangnya, Jeoung Yun tersilap membuat percaturan.

 

Pautan berkaitan: 5 FILEM TERBAIK LAKONAN JOAQUIN PHOENIX MENURUT ROTTEN ROMATOES