JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
Kanser payudara bukanlah penyakit yang hanya dihadapi oleh wanita. Sempena bulan kesedaran kanser payudara lelaki, GLAM Lelaki akan berkongsi beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang penyakit ini. Menurut statistik, risiko lelaki untuk menghidap penyakit ini adalah kira-kira 1 dalam 1,000. Walau bagaimanapun, ini menunjukkan walaupun penyakit ini lebih sering dikesan dalam kalangan wanita, lelaki tidak terkecuali dari penyakit ini. Oleh itu, adalah penting untuk menyedari bahawa lelaki juga harus peka terhadap kesihatan payudara mereka dan berwaspada terhadap sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Antara mitos berkenaan kanser payudara lelaki ialah ianya sama dengan wanita. Walaupun mempunyai beberapa persamaan, tetapi terdapat juga perbezaan penting yang perlu diperhatikan. Kedua-duanya melibatkan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam tisu payudara, namun jenis sel yang terlibat berbeza. Pada wanita, kanser ini biasanya melibatkan sel-sel yang terletak di dalam saluran susu (ductal carcinoma) atau tisu kelenjar (lobular carcinoma). Sementara pada lelaki, penyakit ini lebih cenderung kepada jenis ductal carcinoma yang lebih agresif. Lelaki mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah, yang mempengaruhi cara kanser ini berkembang dan merespons rawatan. Oleh itu, walaupun terdapat kesamaan dalam penyakit ini, perbezaan dalam biologi dan cara ia berkembang menunjukkan perlunya pendekatan rawatan yang berbeza bagi kedua-dua jantina.
Tanda-Tanda Kanser Payudara Lelaki
Gejala kanser payudara pada lelaki yang perlu diperhatikan termasuk pembentukan benjolan atau ketulan di payudara atau kawasan ketiak, yang mungkin menjadi tanda awal penyakit ini. Selain itu, sebarang perubahan pada kulit di sekitar payudara, seperti kemerahan, pengelupasan, atau penebalan, juga patut diberi perhatian. Keluarnya cecair dari puting susu, termasuk darah atau cecair berwarna lain adalah gejala yang tidak boleh diabaikan. Akhir sekali, sakit yang tidak dapat dijelaskan di kawasan payudara atau ketiak mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Kesedaran terhadap gejala-gejala ini dapat membantu dalam pengesanan awal kanser ini dan meningkatkan peluang untuk mendapatkan rawatan yang berkesan. Pentingnya untuk segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang tanda kanser payudara di badan anda.
Penyebab dan faktor risiko kanser ini pada lelaki termasuk mutasi genetik, seperti BRCA2 dan BRCA1. Ia meningkatkan risiko kanser jika terdapat sejarah dalam keluarga, termasuk kanser payudara dan ovari. Lelaki dengan keadaan perubatan seperti sindrom Klinefelter yang melibatkan kromosom tambahan, berisiko lebih tinggi disebabkan ketidakseimbangan hormon. Obesiti juga memainkan peranan, kerana peningkatan berat badan dapat mempengaruhi tahap hormon dan meningkatkan estrogen dalam tubuh. Manakala pendedahan kepada radiasi, terutamanya melalui rawatan untuk kanser lain, boleh merosakkan DNA sel payudara. Selain itu, faktor usia dan keseimbangan hormon turut mempengaruhi risiko, dengan lelaki yang lebih tua lebih terdedah kepada penyakit ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.
5 SUPERFOOD PERLU AMBIL UNTUK MILIKI PROSTAT YANG SIHAT
Tiada bukti menunjukkan pemakanan yang baik boleh mencegah masalah prostat, namun pengambilan makanan unggul boleh mengurangkan risiko anda.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER
Raja Charles III disahkan menghidap kanser prostat baru-baru ini. Bagaimanapun ia bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.