TRIO PENYANYI WANITA HEBAT MENDOMINASI PENTAS VICTORIA SECRET 2024
Trio wanita ini mencipta sejarah sebagai barisan penyanyi wanita pertama yang menjadi tajuk utama pertunjukan lingerie tahunan.
Barisan Angels Victoria’s Secret bukanlah satu-satunya pertunjukkan yang kita tidak mampu mengalihkan pandangan kepada pentas runway malam itu. Akan tetapi kehadiran pertunjukkan daripada tetamu muzik tahun ini—Cher, Lisa, dan Tyla—benar-benar menguasai malam tersebut dengan tiga persembahan yang memukau. Trio ini bukan sahaja membuat penonton berdiri sambil bersorak, malahan mencipta sejarah sebagai barisan artis wanita pertama yang pernah melakukan persembahan di pertunjukan lingerie yang penuh lagenda tahun 2024 ini.
CHER, LISA, & TYLA TRIO MEMUKAU PENTAS VICTORIA’S SECRET FASHION SHOW DENGAN PERSEMBAHAN HEBAT
Persembahan pada malam itu dimulakan dengan penuh dramatik apabila Lisa tampil di atas pentas menaiki motosikal. Lengkap bersama bolero rantaian berkilauan, skirt mini yang padan, serta bra hitam yang berkilau dengan sayap terukir di sisi. Dikelilingi oleh kumpulan penari dengan pakaian biker yang sepadan, penyanyi ini memulakan persembahan energetik dengan lagu yang hits terbarunya, “Rockstar”.
Kemudian, giliran Tyla pula memukau penonton. Tyla muncul dengan memperagakan bustier berkilauan dihiasi dengan fringes dan seluar pendek yang padan. Tidak lupa bersama sayap angels putih megah yang mempesonakan. Diikuti dengan model seperti Candice Swanepoel, Barbara Palvin, dan Lila Moss berjalan anggun di pentas runway. Tyla menyanyikan medley, lagu-lagu daripada album debutnya yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, termasuk “Push 2 Start” dan “Water.”
Tidak lama selepas itu, Lisa kembali ke pentas dan kali ini Lisa memperagakan ala-ala catsuit renda lutsinar yang menonjol dengan potongan aluanan tubuhnya. Berjalan penuh keyakinan di antara model seperti Ashley Graham dan Carla Bruni. Ahli kumpulan Blackpink ini menyanyikan lagunya yang dikeluarkan pada 2024, “Moonlit Floor”.
Saat yang dinantikan, kemunculan Cher di pentas runway Victoria’s Secret, mendapat sambutan seperti seorang ratu yang hadir. Cher muncul di pentas dengan jaket hitam berkilau bertali di depan dan dipadankan dengan bersama seluar cargo. Untuk persembahannya, Cher menari bersama sekumpulan penari dengan irama lagu-lagu ikonik yang mendefinisikan akhir 90-an, seperti “Strong Enough” dan “Believe”.
Persembahan akhir yang mengagumkan ini turut diserikan dengan kemunculan Bella Hadid yang kembali berjalan di runway, mengenakan busana merah yang anggun. Malam yang penuh glamor dan sejarah ini pastinya kekal diingati oleh semua yang menonton!
Pautan Berpautan: IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
KENALI JUSTIN WEIQING, WAJAH FESYEN LOKAL MASA KINI
Justin Weiqing merupakan wajah baharu dalam dunia fesyen. Bermula sebagai model dan kini beralih fokus ke dalam bidang penciptaan kandungan digital pula.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS
Siapa sangka, di sebalik panorama mewah dan drama panas The White Lotus, muncul satu nama yang kini hangat diperkatakan Tayme Thapthimthong!