Skip to content

KEKASIH BARU? LEONARDO DICAPRIO DIRAKAM BERAKSI MESRA DENGAN TEYANA TAYLOR

KEKASIH BARU? LEONARDO DICAPRIO DIRAKAM BERAKSI MESRA DENGAN TEYANA TAYLOR

Kongsikan artikel ini

Leonardo DiCaprio tidak henti-henti mencetuskan gosip liar perihal percintaannya.

Hujung minggu lalu bintang Titanic itu dilihat berkelakuan mesra dengan aktres dan penyanyi Teyana Taylor sebuah kelab malam di New York. Momen itu dirakam hanya selepas beberapa jam Leonardo menikmati malam malam bersama teman wanitanya, Vittoria Ceretti.

Satu sumber mendedahkan bahawa keduanya-duanya bertemu di The Stafford Room di Manhattan bersama sekumpulan rakan untuk parti yang dianjurkan Teyana sempena Rock and Roll Hall of Fame.

Difahamkan Vittoria tidak hadir atau mungkin tidak dijemput ke parti tersebut. Tanpa kehadiran teman wanita di sisi, Leonardo kelihatan meluangkan masa berseronok dengan penyanyi Gonna Love Me itu.

Leonardo DiCaprio teyana talor Vittoria Ceretti

Foto: The News International

“Mereka menari sangat rapat dan asyik tertawa. Kedua-duanya menghabiskan masa bersama sepanjang malam,” jelas satu sumber dalam industri.

Rakan-rakan Leonardo dilihat melepak tidak jauh dari mereka. Pada beberapa ketika, teman baiknya Tobey Maguire juga datang menyertai mereka. Teyana turut dilaporkan cuba melindungi Leonardo daripada dikerumuni orang ramai.

Walaupun dilihat beraksi nakal, aktor berusia 49 tahun itu dikatakan tidak berlaku curang kerana tidak sekali pun dia memegang tangan atau mencium Teyana ketika berparti. Bagaimanapun mereka meninggalkan kelab itu bersama sekitar jam tiga pagi.

Kebenaran Mengenai Hubungan Leonardo DiCaprio  & Teyana Taylor

Gosip hangat antara dua bintang ini nampaknya tidak mengganggu Vittoria kerana model itu dikatakan berkawan baik dengan Teyana. Tambah sumber, kedua-dua model ini keluar bersama bagi meraikan kemunculan sulung Vittoria di pertunjukan Victoria’s Secret baru-baru itu.

Satu lagi sumber berkata, dakwaan bahawa Leonardo dan Teyana menjalin hubungan mesra adalah tidak benar kerana mereka hanya kawan baik. Kedua-dua bintang ini menjadi rapat selepas berlakon bersama dalam filem akan datang, The Battle of Baktan Cross yang turut dibintangi oleh Regina Hall, Sean Penn dan Benicio Del Toro.

Foto: Backgrid

Spekulasi percintaan mereka muncul buat kali pertama pada Mac lalu selepas dilihat berbual mesra para pra-parti Osar anjuran agensi pencari bakat WME di Beverly Hills, California.

Teyana kini berstatus solo selepas bercerai dengan bekas pemain bola keranjang, Iman Shumpert pada September 2023.

 

Foto: Page Six

Pautan berkaitan: BERCINTA DENGAN MODEL 19 TAHUN, LEONARDO DICAPRIO DICOP SEBAGAI PEMANGSA SEKSUAL